ღ Memories to Remember ღ: Daging Hitam Manis

Thursday, January 27, 2011

Daging Hitam Manis

Dah 3 minggu dah tak update blog. Ni kira paling lama kot tak update. Kehkehkeh! Aku memang banyak menda nak update tapi disebabkan order banyak masuk... terpaksalah aku coti kejab update blog. Ni pon Aku stop kejab design tuk hari ni sebab mata aku dah nek layu. Ngah mata layu ni, aku sempatkan diri nak update blog. Sian kat blog aku tak terupdate. Alololololo *usap paler CEO blog. Oppsss! Heee!

Hari ni aku rajin skit nak ambik gambar lauk tadi. Menu ni aku dah brapa kali wat. Bila wat jek lauk ni teringat mak aku yang jauh seberang laut tu. Aku pon dah lama tak kol mak aku sebab tak sempat menyempat nak tekan nomo henpon mak aku. Ohhh mak... ai mish uu!



Ok sambung crita menu tadi. Daging Hitam Manis resipi makcik Hasue. Mekaseh banyak bukkk! Hehehe! Kamera aku pon dah lama tak jumpa tuannya :P Kalo guna pon kejab2 jer tuk gambar yang penting pastu simpan lam gobok atau lam beg. Skill nak ambik gambar pon dah lupa. Kehkehkeh!



Layankan Daging Hitam Manis resipi Hasue...

Bahan-bahan:
  • 500g-600g daging-potong lebar dan agak nipis
  • 6 Ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 2 batang serai*
  • 1-2 sudu makan gula apong
  • 50g kerisik
  • Kicap pekat secukupnya
  • Garam dan ajinomoto(jika suka) secukup rasa
  • 1/3 cawan jus asam jawa pekat
  • 1/3 cawan minyak masak
  • Bahan tumis 4 sekawan- 1 paket kecil/1 bg setiap jenis
Cara membuat :
  1. Bahan2 bertanda * dikisar
  2. Daging yang sudah ditoskan diperap bersama 1/3 bahan kisar dan 1/3 cawan kicap pekat sekurang2nya 15 minit
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi dan masukkan bahan kisar selebihnya.
  4. Masak sehingga wangi dan pecah minyak
  5. Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan kacau sehingga sebati.
  6. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan sehingga daging mengeluarkan jusnya dan hampir kering-tambahkan jus asam jawa. Kacau seketika barulah masukkan air sehingga daging tenggelam dan sedikit garam
  7. Masak sehingga daging benar2 empuk menggunakan api perlahan ke sederhana. Jangan guna api kuat kerana ini akan mnyebabkan daging keras.
  8. Setelah daging empuk,masukkan pula gula apong,kerisik dan garam serta perisa secukupnya.
  9. Masak sehingga kuah pekat. Tambah lagi sedikit kicap pekat jika perlu. Boleh tambahkan juga bawang besar yang dipotong berbaji jika suka.
  10. Sebatikan rasa dan padamkan api. Hidangkan bersama kacang peas dan cili merah sebagai hiasan..

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 11:46 PM
3 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter