ღ Memories to Remember ღ: Bingka Labu CMG

Saturday, November 6, 2010

Bingka Labu CMG

Ehemmm... Testing testing. Tengok2 kalo blog aku ni masih idop. Hehe! Tuan empunya blog ni macam cipmo jek kan. Kejab ada kejab takda. Kejab update pastu ilang... sama kan cam cipmoooo. Sedap di makan...

Alaa.. korank sure paham la ke mana aku hilang. Makcik busy ngan cop mengecop. Al-maklumlah.. taukey cop kan. Kalo tak busy ngan cop nak busy ngan apa lagik. Jaga kamben, kamben dah pandai jaga diri. Kamben2 suma dah hantar sekolah. :P

Dalam kebizian tu sempat jugak jengah beberapa blog. Wahhh... ada orang2 itu dapat iphone 4. Terus rasa nak tayang public phone jugak :D Oitt.. public phone mesra alam yer.. masukkan duit lima posen baru boleh cakap. Er... cukup tak lima posen kol mak kat Sabah? Ngee! Ahhh.. merepek meraban sudaaa... Oklah... Aku dengan nada jeles nak mintak sponsor iphone 4 dari Kak Hana ngan Ika sempena 'tak tau' *pinjam ayat kak Hana Kikiki!

Dah dah.. Merepek lagi. Jom layan Binga Labu resipi Mat Gebuss. Aku buat 3 hari lepas pastu nak update 2 hari lepas. Dah siap upload gambar. Terus blur kepala nak tulis apa. Kensel nak update hari tu dan sambung wat cop. Boleh gitu? Hehehe! Kak Noorsha pon ada wat kuih ni. Tak caya? Tanya Kak Noorsha :p



Bahan-Bahan
  • 5 biji telur
  • 500 ml santan (200 ml santan kotak + 300 ml air)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus

Cara Membuat:
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek. Dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan






Mekaseh Mat gebuss share resipi Bingka Labu ni. Aku wat setengah adunan jek ari tu sebab tak cukup teloq. Sini takdak ayam yang berdekatan nak suh berteloq. Hehehe!

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 7:56 PM
11 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter