Monday, August 31, 2009
Serius Sedap!!
Hari ni layan desert jek la ek. Malas nak naip panjang, dedua desert aku wat hari ni memang sedap!! Apsal sedappp?? Sebab aku dah ngap dulu! Hahahahaha! Serius sedap and mabelesss!! Mekaseh Chef Yani dan Chef Makyung Hana. Hiks! Sapa² yang meleleh air liur tu...Tolonnnn la lap air liur tu! Kang rosak kidbod masuk air liur korank. Hikhikhik! Jemput makannnn... Bawak piring memasing yerk! Poton tu jan bebeso sangat... sikit² sudaaa!! Kedekut sket! Hekhekhek! Selamat berbuka posa yerkk!
Bahan-bahan:
Karamel
- 60g gula
- 1 sudu besar air
- 2 sudu besar air
- 4 biji telur
- 500ml susu segar
- 70g gula
- sedikit esen vanila
- Kek span
- 70g tepung gandum
- 60g gula halus
- 2 biji telur
- 20g mentega- dicairkan
- Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
- Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
- Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit.
- Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
- Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
- Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
- Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
- Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
- Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
- Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
- Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan cornstarch@tepung jagung
- 1/2 cawan gula - leh kurangkan klu tk suka manis
- 1/4 cawan air
- 2 cawan santan
- 1/4 cawan jagung manis dlm tin
- 1/4 cawan kismis
- 1/2 cawan kacang tanah hancur - utk topping
- Gris loyang dengan minyak. ketepikan.
- Dalam mangkuk, satukan cornstarch,gula,air dan santan.kacau sebati.
- Masukkan jagung dan juga kismis. *jagung n kismis hana cincang kasar.
- Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. masak dengan api sederhana hingga likat atau pekat.
- Tuang ke dalam loyang.
- Taburkan ngan kacang tanah. kemudian sejukkan dlm esbok.
- Potong2 dan hidangkan!
Labels: Resipi
what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 3:13 PM
5 people in the crowd heard my words
5 people in the crowd heard my words
Sunday, August 30, 2009
Slice Cheese Cake
Dah lama betul tak wat cheese cake yang lembut macam span. Sebelum ni selalu ikut resipi Cotton Soft Japanese Cheese Cake tapi kali ni ikut resipi Slice Cheese Cake Kak Ros @ Onigiri. Ni nak perabihkan stok slice cheese yang hampir nak expired tu. Kalo expired kang sayang plak! Sib baik ada resipi kak ros ni dan mengenangkan king teringinlah sangat nak makan Cheese Cake yang Queen dia wat ni. Ihiks!

Memula tak yakin gak nak wat resipi ni sebab takut tak jadik bila baca respon beberapa orang yang kek dorang berlapis dan bantat. Huhuhuhu! Nampak resipi macam senang. Cuma cara membuat jek kena lebih teliti kot. Alhamdulillah, Slice Cheese Cake ku menjadik tak bantat dan tak berlapis... cuma struktur kek jek nampak berlobang beso tapi tak sebeso lobang idong aku! Hiks! Rasa dan kelembutan sama ngan Cotton Soft Japanese Cheese Cake. Lepas ni kena berusaha lagik tuk nampak stuktur yang cantek cam tuan empunya resipi. Hiks! Terima kasih yer Kak Ros!
Bahan-bahan:
- 4-5 keping slice cheese
- 200 ml susu segar
- 70 gram butter atau marjerin
- 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
- 70 gram gula
- 4 biji telur saiz M
- beberapa titik esen vanila
Cara membuat:
- Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
- Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
- Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
- Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 2:19 PM
5 people in the crowd heard my words
5 people in the crowd heard my words
Saturday, August 29, 2009
Dah Start Cuti... Uhuks!
Hari ni tuan rumah terpaksa cuti posa. Cuti yang telah diiktiraf gitu. Hiks! Harap² peyed tak lama macam sebelum ni. Kalo idak terpaksalah aku telan air anak tauge yang payau tu! Uwekkk!! Tapi orang kata orang yang penah pregnant ni peyed bleh jadik betul, betul ker? Hee! Tataulah aku... Harap²lah camtu... Oklah! Jom kita cuci mata jap...

Ni desert semalam aku wat. Cream Cheese Bars resipi Skyblue. Resipi yang simple dan sedap! Mekyung Hana pon dah terai resipi ni. Kan mekyung kan kan?? Hehe! Tenkiu Skyblue...
Bahan-bahan:
- 250g cream cheese (suhu bilik)
- 1/2 cawan gula halus
- 1 sudu kecil lemon butter atau jus lemon
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 2 keping puff pastry
- 1 sudu besar majerin atau mentega (cairkan)
- 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
- 2 sudu besar gula halus
- Panaskan oven pada suhu 180C.
- Pukul cream cheese bersama gula sehingga jadi krim. Masukkan lemon butter dan esen vanilla, kacau sehingga sebati. Ketepikan.
- Lapis 8"x8" loyang dgn baking paper, letak satu keping puff pastry yg telah dicucuk-cucuk dgn garpu. Klu takde baking paper, griskan loyang.
- Masukkan campuran cream cheese dan rata-ratakan. Tutup cream cheese dgn sekeping puff pastry.
- Sapu permukaan puff pastry dgn majerin, biar basah sikit. Gaulkan gula dan serbuk cinnamon, taburkan di atas permukaan puff pastry.
- Bakar selama 20 minit atau sehingga perang. Biar sejuk sebelum dipotong. Boleh disimpan dlm peti sejuk, rasa lebih enak keesokan.

Hah! Ni Apam Gula Hangus Kukus resipi Kak Hazila. Mekaseh yer Kak Hazila. Resipi cilok sesenyap jek ni. Hikhikhik! Aku wat setengah adunan jek. Maklumlah bulan² posa ni tak banyak makan. Apam ni lembut cuma rasa pahit sket mungkin aku terletak lebeh soda bikarbonat kot. Huhuhuhu!
Bahan-bahan:
- 2 cawan gula pasir
- 2 cawan air
- 1 sudu makan butter
- 1/2 sudu makan soda bikarbonate
- 2 cawan tepung gandum
- 3 biji telur
- 2 cawan gula pasir dibuat gula hangus, kemudian masukkan air. Biarkan mendidih dan tutup api. Masukkan butter dan kacau biar sebati. Biarkan ia sejuk sebentar.
- Bancuh campuran gula hangus tadi dengan tepung gandum, soda bikarbonate dan telur.
- Pastikan ia sebati tanpa ada ketulan/tepung yg tidak sebati.
- Panaskan kukusan, sapukan butter pada bekas yg hendak diisi campuran tadi.
- Setelah air mendidih, kukus campuran apam tadi hingga masak.

Adehhh... Haus plak erkkk!! Hehehe! Aku sebenarnya nak wat Sweet Sour Guava Juice resipi Kak Ana bini Wahid Sengal tu tapi kekurangan bahan plak! Asam boi yilekkk!! Jadik aku gantikan ngan hirisan lemon jer la. Jangan kempunan orang kata! Hikhikhik!
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 2 biji jambu batu tanpa bijik ( yg jenis berkedut tuh )
- 2 liter air
- 1 1/2 - 2 senduk gula pasir
- sedikit pewarna hijau
- Asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris - secukupnya
- Air batu secukupnya
- Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yg telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air,gula dan asam boi sesukupnya. Blander hingga hancur.
- Ulang 1 sehingga habis.Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini. Masam n manis jus ini bergantung pada kehendak masing2. Tambahkan air batu siap untuk diminum. Sedapppppp

Aaa... Menu hari ni Pecellllllll!! Ni ayah aku yang nak makan. Jadik bini dia la yang wat kan. Mak aku ler... Aku masak lauk ikan goreng ngan kerang rebus jek. Hehehehehe! Pecal tu pon bukan suma benda aku leh makan. Tauge taklehhhh!! Kangkung pon taklehhh!! Masih pantang lagik kan walaupon banyak benda dah aku leh telan. Cuma benda² 'sejuk' jek takleh wat masa ni. Pantang tetap pantang wehhh!! Dengo cakap mak, kangg bentannn!! Huhuhuhu!
Semalam cerita entry aku sal update blog list tu cuma mekyung hana jek dapat wat. Masih ada yang stuck sebab tak dapat detect link aku kat BLOG I'M FOLLOWING tu. Ni aku tatau plak camna nak settle. Huhuhuhu! Nak kena pecat CEO blogger ni. Kang aku yang jadik CEO blogger! Hahahaha! Errr... Bagik Akak²ku yang tak dapat detect blog link aku kat BLOG I'M FOLLOWING tu.. Nanti aku bitau cara lain. Hari ni tak larat nak jadik cikgu sebab dah ngantuk. Hikhikhik! Sabo yerkkk!!
Semalam cerita entry aku sal update blog list tu cuma mekyung hana jek dapat wat. Masih ada yang stuck sebab tak dapat detect link aku kat BLOG I'M FOLLOWING tu. Ni aku tatau plak camna nak settle. Huhuhuhu! Nak kena pecat CEO blogger ni. Kang aku yang jadik CEO blogger! Hahahaha! Errr... Bagik Akak²ku yang tak dapat detect blog link aku kat BLOG I'M FOLLOWING tu.. Nanti aku bitau cara lain. Hari ni tak larat nak jadik cikgu sebab dah ngantuk. Hikhikhik! Sabo yerkkk!!
Labels: Resipi
what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 10:19 PM
4 people in the crowd heard my words
4 people in the crowd heard my words
Friday, August 28, 2009
Cara Nak Dapatkan Update Blog Aku...
Hari ni aku nak jadik cikgu kejab. Hehehehehe! Sebenarnya dah lama aku nak meng'entry' pasal blog list update ni. Asik terlupa ja... Entry ni khas untuk Kak Hana dan Mam Hasue yang duk tensen sebab blog aku takleh update kat blog dorang. Pastu duk jerit² kat cbox aku tertinggal ketapi la tertinggal bas la tertinggal beskal la. Sib baik tak tertinggal laki. Hahahahahaha!

Kalo tengok dari blog Kak Yatt, blog aku nampak oke jek kat blog list update kat blog Kak Yatt....

Dan sesetengah blog akan nampak macam ni jek. Ni dari blog Hasue... Ermmm... Apa sebab??? Mungkin sebab aku guna cara template yang lama kot sebab aku dah biasa ngan template lama walaupon cara template baru sekarang dah mudah. Jadik aku dah cuba² jugaklah camna nak dapatkan update blog aku kat blog list update korank. Harap² menjadiklah yerk! Kalo tak jadik bitau aku.

Pertama² skali korank kena jadik FOLLOWER aku dulu. Ni bukan paksaan tau tapi kena wat jugak sebab nak dapatkan update blog aku. Kalo tanak jadik follower pon tak kesah tapi lepas wat langkah terakhir korank leh remove jadik follower aku. Bagik yang dah memang follower blog aku tu teruskan step seterusnya...

Bila dah jadik follower... Gi kat LAYOUT >> ADD A GADGET dan klik BLOG LIST.

Pastu klik ADD A BLOG TO YOUR LIST atau ADD TO LIST.

Klik BLOG I'M FOLLOWING, pastu tick la blog aku ღ Memories to Remember ღ. Jangan add aku melalui ADD BY URL tau! Memang tak menjadik. Jadik kalo sesapa yang dah add aku dengan cara ADD BY URL yang korank taip sendirik ka kopipes ka, removekan/deletekan dulu blog aku dari blog list update korank... pastu barulah ikut step by step kat atas. Harap² menjadik yer!!
Labels: Tutorial
what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 11:15 AM
14 people in the crowd heard my words
14 people in the crowd heard my words
Wednesday, August 26, 2009
Omputih Mix Melayu
Dah lama teringin nak wat lasagna ni tapi tak terbuat² gak. Hiks! Jadik hari ni dah plan nak wat lasagna. Mengenangkan teringin nak dapat pujian dari king dengan masakan western sampai aku plak yang sebok tanya "sedap tak??" berulang² kali. Kahkahkah! Manalah laki tak puji masakan bini kan. Muahahahaha!

Lasagna yang lom masuk oven lagik. Habis suma cheese aku tabur... Cheese serbuk, cheese pizza, cheese cheddar. Kihkihkih!

Close up skettt!! Yang lom bakar ni pon cam sedap kan. Hekhekhek!

Ni yang dah siap bakar. Nampak atas cam kering sket. Terlebeh bakar... siap tepi tu kembang naik plak! Hahaha! Aku blasah jer guna bekas apa yang ada.

Walaupon atas tu kering sket tapi dalamnya lembut dengan cheesyyyy... Hiskkk! Hiskkk!! Lap air liur tuuu...

Memang sedaplah wehhh!! Wa cakap luuuu (pinjam ayat Kak Ana). Ayat tak bleh blahhh!! Hahahaha!!! Tak sangka aku masak kali ni cukup rasa. Macam tadak yang kurang gitu. Haippp!! Aku posa tauuu!! Tadak curik makan oke! Hiks! Resipi lasagna ni ambik dari dapo taukey roti kita. Hihihi! Mekaseh Kak Ros Onigiri. Kak Hana (ni pantang nampak makanan kat dapo orang, laju jek cam lipas kat dapo Hikhikhik!) pon dah terai resipi ni... Kak Ita @ Juwita kita pon dah terai gak. Sapa lagik dah terai resipi Kak Ros ni angkat pinggan. Huehuehue!
Bahan-bahan:
Lasagna
untuk hiasan
Cara membuat:
Bahan-bahan:
Lasagna
- 6 keping pasta Lasagna
- 3/4 cawan daging cincang
- 1 biji bawang putih (dicincang)
- 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
- 2 biji tomato ( potong dadu)
- 1/2 biji carrot ( potong dadu)
- 6 ketul cendawan ( potong dadu)
- 3 sudu besar tomato ketchup
- 2 sudu besar olive oil
- 1 cawan susu segar
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar cheese powder
- 2 sudu besar butter
- 1 sudu kecil garam
- sedikit lada sulah
untuk hiasan
- sedikit hirisan daun pasley kering
Cara membuat:
- Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.
- Buat White source: campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.
- Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.

Dessert kita plak Kuih Sagu, my peberet dan peberet king jugak. Memula nampak Ijan duk tayang kuih sagu dia. Tensen tauuu!! Kalo kasik makan takpa lah gak. Ni kasik cuci mata jek. Kejam!! Hehehe! Dah banyak dapo dah wat kuih ni. Daripada aku membazir air liur aku duk leleh tengok kuih sagu dorang. Aku gagahkan gak wat. Cheh!! Cam susah no nak wat kuih sagu ni. Bunyi cam berlagak jek kan. Hahaha!
Masa skola dulu nak blaja wat kuih sagu tapi takut terlembik, terkeras atau berbijik putih. Kang salah wat sapa nak makan?? Tong sampah jugak tolon makan. Last² sampai sekarang tak buat². La ni baru wat, kira 1st time la wat kuih ni. Slalu main tunjuk jek. Hikhikhik! Aku ikut resipi mama kastam tioman. Ikut cara masak mama kastam tioman ni memang hasil kuih saguku cantekkkkkk!! Tak nampak satu pon biji putih yang tinggal dan kuih nampak berbiji² cantik tak hancur. Memang puas hatilah... Resipi asal guna gelas, jadik aku kurangkan sukatan guna cawan jek.
Bahan-bahan:
Masa skola dulu nak blaja wat kuih sagu tapi takut terlembik, terkeras atau berbijik putih. Kang salah wat sapa nak makan?? Tong sampah jugak tolon makan. Last² sampai sekarang tak buat². La ni baru wat, kira 1st time la wat kuih ni. Slalu main tunjuk jek. Hikhikhik! Aku ikut resipi mama kastam tioman. Ikut cara masak mama kastam tioman ni memang hasil kuih saguku cantekkkkkk!! Tak nampak satu pon biji putih yang tinggal dan kuih nampak berbiji² cantik tak hancur. Memang puas hatilah... Resipi asal guna gelas, jadik aku kurangkan sukatan guna cawan jek.
Bahan-bahan:
- 1 gelas sagu biji kecil
- 3 gelas air
- 3/4 gelas gula pasir
- Sedikit pewarna merah
- 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu teh esen rose
- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
- Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 10:25 PM
5 people in the crowd heard my words
5 people in the crowd heard my words
Semangat Raya... Ahaks!
Semalam gi JUSCO Tebrau City nak tukar saiz baju ayah aku. Dah kebetulan kat JUSCO sempatlah beli barang² yang berkenan untuk raya nanti. Jadik sempatlah cuci duit poket king kejab. Hikhikhik!

Santekkk tak piring ni?? Piring bunga lily kaler pink gitu. Ni tinggal display jer tau. Tataulah orang lain dah kebas ka pa. Puas pekerja tu carik stok baru. Pekerja tu pon kata dorang cuma bawak 6 set jek. Huhuhuhu! Kalo dah 6 set sure orang dah kebas!! Uwaaaaggghhh!! Display pon display lah. Janji tadak pecah... Alhamdulillah masih nampak molek tadak sumpik.

Tadaaa... Ni dah siap pasang. Piring kek untuk raya nanti. Berkenan betul aku ngan piring kek ni. Apa lagik... terus cakap ngan mak aku nak beli. Mak aku on ajer kalo nampak benda cantek. Muahahaha! Yo yo jek aku beli piring kek ni. Banyak ker kek aku nak wat nanti? Hiks!!

Ni mak aku yang rembat. Menambahkan koleksi... Huhuhuhu! Sure tahun ni makin ramai yang beraya kat umah sebab mak pon dah pindah skola baru.

Hahhh!! Playdoh ni plak bukan untuk raya tapi untuk adik kici aku yang nunnn kat Sabah tu. Playdoh yang kawan aku kasik hari tu dah hancusss!! Dah 2 kali dak kici tu nak mintak beli playdoh refill. Pertama kali masa aku kol mak aku, tu pon malu² nak cakap. Siap bisik² ngan mak aku suh cakap. Hikhikhik! Kali kedua masa bapak aku kol. Baru lah dia nak cakap pastu siap tanya bila aku balik. Hehehe...
what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 11:16 AM
5 people in the crowd heard my words
5 people in the crowd heard my words
Monday, August 24, 2009
Kekenyangan Dengan Nasi Kempuli

Lom habis pantang ni, aku terlebeh rajin jek tau! Mungkin sebab dah lama tak jengah dapo kan. Hikhikhik! Hari ni aku masak Nasi Kempuli cilok resipi dari dapo Kak Ana bini Wahid yang sengal itu. Sanggup tau aku gi beli bahan kat kedai sebelah taman dengan lesen aku yang dah mati tu semata² nak wat nasik kempuli ni. Siap langgar lampu merah lagik! Nasib baik tadak Pak pacak! Hehehe! Ni 1st time aku masak nasi yang berempah² ni. Cuma nasik ku tawar sket... Biasakan bulan² posa ni. Kalo tawar ka termasin ka boleh dimaafkan... Hiks! Nasik ni sedap dimakan bersama lauk² dibawah... chewahh!

Ni acar berempah... Sedap woo! Lauk² ni mak aku yang masak. Aku cuma bagik idea jek lauk apa yang sedap dimakan ngan nasik kempuli tu... dan lauk tu suma mestilah yang aku leh telan kan. Takkan aku nak makan ngan lauk ikan bilis kot! Kahkahkah!

Ni plak Kurma Telur mak aku gak masak. Nak makan ayam, king aku tak kasik lagik. Uhuk! Mak aku sebok tolon hiaskan dengan daun sup bila nampak aku nak ambik gambo. Hikhikhik! Di iringi dengan popedam dan desert kuih tako yang tak sempat nak gambo sebab bateri kamera dah habis!
Memang kenyang lah makan nasi kempuli ni dengan aroma rempahnya... Walla~~!! Rasanya toksah cakaplah kan. Kalo tak sedap memang nak kena sekeh paler Kak Ana tu. Hikhikhik! Ni resipi Nasi Kempuli ikut sukatan Kak Ana. Mekaseh yo Kak Ana... Aku cuma tambah daun pandan jek masa tumis. Ni mak aku yang suggest suh tambah daun pandan masa tumis. Nak mewangikan rempah skaligus kurangkan bau minyak sapi itu.
Memang kenyang lah makan nasi kempuli ni dengan aroma rempahnya... Walla~~!! Rasanya toksah cakaplah kan. Kalo tak sedap memang nak kena sekeh paler Kak Ana tu. Hikhikhik! Ni resipi Nasi Kempuli ikut sukatan Kak Ana. Mekaseh yo Kak Ana... Aku cuma tambah daun pandan jek masa tumis. Ni mak aku yang suggest suh tambah daun pandan masa tumis. Nak mewangikan rempah skaligus kurangkan bau minyak sapi itu.
Bahan-bahan:
- 3 pot beras basmati
- 3 sudu besar rempah kurma
- 4 sudu besar minyak sapi
- 30 gm kulit kayu manis
- 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
- 2 helai daun bay
- 4 pot air
- Sedikit garam
Bahan hiris:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang kecil
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 batang serai
- kismis n biji gajus secukupnya (optional)
Cara membuat:
- Beras basmati dicuci, kemudiannya tuskan airnya.
- Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan hiris bersama kulit kayu manis sehingga naik bau. (Bagi yang tak suka bau minyak sapi dan mewangikan rempah, tambah beberapa helai daun pandan ketika menumis)
- Masukkan jintan manis, jintan putih dan rempah kurma. Tumis lagi sehingga wangi.
- Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih. Selepas itu, masukkan beras dan tambahkan garam secukup rasa. Masukkan sekali daun bay. Tanak sehingga masak.
Labels: Resipi
what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 10:25 PM
5 people in the crowd heard my words
5 people in the crowd heard my words
Sunday, August 23, 2009
Berbuka Apa Hari Ni???
Uwaaarrrghhhh!! Ngantuknya... Hiks! Awal bulan posa ni rasa letih sangat sebabnya terpaksa kuar dari pagi beli barang lauk mentah dan beberapa barang dapo yang lain. Sampai jek kat umah dah petang terus masak untuk berbuka. Memang letih... Jarak dari dari kawasan ke satu kawasan pon bukan dekat. Kalo jalan jam lagiklah tensen! Tambah lagik kat sini cuaca panas. Makinlah meletihkan....

Balik dari Jusco tadik rehat² kejab pastu wat Brownies ni. Ni beli bahan yang dah siap tinggal masukkan telur, air dan minyak jek. Aku wat ikut resipi Chocolate Chip Cookie Dough Brownies. Senangkan? Hahaha! Nampak sangat pemalas aku tu. Cookie tu aku guna yang rasa coklat jugak. Jadik, tak nampaklah kaler yang berbeza... Kaler² kelin gitu. Hiks!

Ni selepas dah letak ngan Chocolate Topping resipi Kak Yani yang menjadi idaman kalbuku. Kuikuikui!

Hari ni king nak berbuka ngan beefsteak konon. Aku ni dah garuk paler nak carik resipi sos lada hitam. Nasib baik kat Myr ada resipi ni. Cuma aku tak brapa puas hati ngan rasa. Rasa kurang 'keras' sket! Rasanya ayu² gitu tapi takpolah. Puasakan... Nak menderhaka takleh. Kang lain plak jadiknya kang! Hehe!

Tadaaaaaaa... ni lah beefsteak aku tanpa sayur. Macam kurang seri jek nampak kan? Hikhikhik! Disebabkan aku 1st time masak steak daging ni. Memang kurang menjadik. Steak aku Kerassss kurang lembutnya tapi tadaklah sampai takleh makan. Cuma gigi aku sakit jek nak mengunyah. Hihi! Aku lupa nak ketuk daging tu, macam manalah nak lembut. Nasib baik suma tak komplen. Hiks! Lepas ni aku wat Roasted Beef jer lah... Baru puas hati nak makan.

Lupakan beefsteak aku yang hampeh tu. Korank dah beli baju raya lom?? Semalam menyoping sempat lagik MIL aku ajak beli baju raya. Mau tak tumbang lepas balik tu. Kali ni, baju aku ngan king tema biru. PIL aku tema orange! Malangnya baju aku lom dapat yang sama kaler ngan king lagik. Biasalah orang boria ni kan. Mari kita berboria! Hekhekhek!
what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 10:31 PM
9 people in the crowd heard my words
9 people in the crowd heard my words
Friday, August 21, 2009
Kerepek Pedas Jagung
2 hari ni rasa ngantuk semacam jek mata aku. Kalo ngantuk skit² takpa lah gak tapi ni sampai mata aku nek sakit. Nak kata tido tak cukup tak gak, malah terlebeh tido lagik.
Mekaseh kepada yang mengucapkan takziah atas pemergian nenek aku. Posa dan raya ni mungkin agak suram kat kampung aku tu. Agak terkilan jugak sebab masa balik bulan 6 hari tu tak TERjumpa pon nenek aku tu. Cuma sempat sampaikan salam jer sebelum nak balik.

Oklah... tukar topik. Kang citer panjang² sal arwah kang sedih plak. Aku dah lama nak wat kerepek pedas sejak resipi newbie123 ni kuar lagik tapi tu la kan kalo ada penyakit malas bermalasan ni. Hehe! Pastu kuar pulak resipi dari Dayang_jack... Haihhhh! Mesti buat ni...
Aku blasah guna cornflakes yang ada mix buah²an kering. Ni lebihan cornflakes masa aku pregnant hari tu tak habis. Boring asik makan conflakes jer... Hiks! Tambah lagik king aku beli 2 kotak lagik untuk stok hari tu. Jadik 2 kotak cornflakes yang tak terbukak lagik tu, aku dah plan nak wat tuk biskut raya jer nanti. Tadak lah membazir tak makan sampai xpired kan.
Oya.. sok posa kan kan kan. Sok aku pon posa tauuu!! Tak caya?? Betut ni! Hihi! Nasib menyebelahi aku, darah nifas aku dah kering 3 hari lepas. Tak dapat lah aku nak ngelat tak posa hari pertama. Hahaha! Tapi tak bestkan kalo tak dapat posa hari pertama. Malam ni jan lupa smayang terawih tauuu!! Pesanan penaja dibawa oleh kerepek pedas jagung... Akekekekeke!
Aku blasah guna cornflakes yang ada mix buah²an kering. Ni lebihan cornflakes masa aku pregnant hari tu tak habis. Boring asik makan conflakes jer... Hiks! Tambah lagik king aku beli 2 kotak lagik untuk stok hari tu. Jadik 2 kotak cornflakes yang tak terbukak lagik tu, aku dah plan nak wat tuk biskut raya jer nanti. Tadak lah membazir tak makan sampai xpired kan.
Oya.. sok posa kan kan kan. Sok aku pon posa tauuu!! Tak caya?? Betut ni! Hihi! Nasib menyebelahi aku, darah nifas aku dah kering 3 hari lepas. Tak dapat lah aku nak ngelat tak posa hari pertama. Hahaha! Tapi tak bestkan kalo tak dapat posa hari pertama. Malam ni jan lupa smayang terawih tauuu!! Pesanan penaja dibawa oleh kerepek pedas jagung... Akekekekeke!
what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 5:25 PM
5 people in the crowd heard my words
5 people in the crowd heard my words
Thursday, August 20, 2009
Ajal yang Tiba

Al-Fatihah buat arwah nenek aku (mak kepada mak aku) yang telah kembali ke rahmatullah subuh tadi. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. Amin...
Aku macam terkedu jugak bila mak aku kol subuh tadi yang nenek aku dah meninggal. Sakit.... cuma sakit tua biasa² tu jer tapi dah ajal kan.
Kita yang masih hidup ni teruskan mengejar pahala sebagai tiket di akhirat. Ajal yang tak mengenal usia...
Kita yang masih hidup ni teruskan mengejar pahala sebagai tiket di akhirat. Ajal yang tak mengenal usia...
what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 8:32 PM
10 people in the crowd heard my words
10 people in the crowd heard my words
Wednesday, August 19, 2009
Turun Padang
Hari ni MIL aku tak brapa sehat. Jadik aku turun padang masak apa yang boleh la. Masak apa yang aku leh makan sebab masih berpantang gitu kan. Kihkihkih! Dah lama beno dah aku tak bersilat kat dapo ni. Muehehehehe!

Disebabkan mak aku tak brapa sehat. Aku masakkan bubur tuk satu umah. Orang lain yang tak sakit pon kena makan bubur. Hekhekhek! Ni bubur simple jer... campak daging, sayo dan ikan bilis hancur. Suma lauk dalam tu, jadik takyah masak lauk. Muahahaha! Nampak sangat masih malas bermalasan kan.

Disebabkan aku dah lama tak masak menu western dan jarang atau mungkin korank tak penah nampak pon aku masak spaghetti kan kan kan. Hiks! Spaghetti lam lemari stok makanan kat dapo tu dah bertahun tak disentuh. Huiiii... Korank bayangkan camna rupa spaghetti tu. Wakakakaka! Dan.... spaghetti tu suma masuk lam tong sampah lah sebab dah tak macam rupa spaghetti dah. Kehkehkeh! Kebetulan king nak kuar, aku kimlah spaghetti dan bahan² yang lain. Maka terhasilah Spaghetti Sundal Bolong. Akekekekekekke... Bolehlah ek rupa Spaghetti Bolognese aku ni. King aku makan sampai bertambah² nko... Sedaplah tu kan... Kihkihkih!
what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 2:06 PM
9 people in the crowd heard my words
9 people in the crowd heard my words
Tuesday, August 18, 2009
Kad Salam Ramadhan Al-Mubarak

Kad ni aku tujukan untuk kamu, kamu, kamu dan kamu.... Hehehehe! Wat semua, semua dan semualah.... Jangan lupa ambik tauuu, tempeklah kat memana pintu dapo korank yerk. Tempek kat dahi pon takpa. Hiks!
Sempena Ramadhan yang bakal tiba ni. Aku nak ucapkan selamat berpuasa... Semoga bertambah²lah pahala kita yerk! Aminnnnn...
Jangan ada yang posa yang yok, bangun pagi bukak periuk tauuu!! Kalo TERbukak periuk tu jangan lupa ajak aku... Muahahahahaha!
Sempena Ramadhan yang bakal tiba ni. Aku nak ucapkan selamat berpuasa... Semoga bertambah²lah pahala kita yerk! Aminnnnn...
Jangan ada yang posa yang yok, bangun pagi bukak periuk tauuu!! Kalo TERbukak periuk tu jangan lupa ajak aku... Muahahahahaha!
Klik pada kartun ni kalo nak letak kat blog sendirik...
------------------------------------------------------------------------------------------



Kad dan kurma dari Kak Ana bini Wahid SENGAL. Hiks!


Ni kad dari makcik Halen. Mekaseh makcik. Hehehehe...

Kad dari Kak Ita@Azita... Sedapnya kek. Nyum....

Kad dari orang sarawakian... Madam hasue kita.

Kad ni plak dari Kak Ina KL

Ni dari Kak Hana SENGAL jugak. Akekekeke...

Dari kak Ros Onigiri taukey roti... Hehehehe!

Kad dari Ijan yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama...


what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 8:11 PM
6 people in the crowd heard my words
6 people in the crowd heard my words









