ღ Memories to Remember ღ: Mee Rebus Udang CMG

Wednesday, December 16, 2009

Mee Rebus Udang CMG


Hari ni menu Mee Rebus Udang resipi CMG. Sapa tak kenai ngan CMG kan kan... Kalo tak kenai gi la blog CMG, pastu gi la berkenal-kenalan. Hihi! Rasa takyah cakaplah.. Memang sedap! Cuma aku guna mee spaghetti jek. Ayam pon tadak stok. Lam peti sejuk tu tinggal udang jek. Peti sejuk dah hampir kering kontang. Kes malas nak pi pasar... Ooo tersangat la malas! Sok makan sardin jek. Hihihi! Ni gambar sebelum nak makan.... Ittadakimasssss!! Oppsss!! Bismillahirrahmanirrahimmmmm.... Allahumma barik lana fima razaqtana waqina athaban-nar... aminnn


Bahan-bahan:
  • 500 g mee kuning
  • 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
  • 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
  • Limau kasturi secukupnya
  • Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
  • 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
  • 250 g udang sederhana besar
Bahan untuk kuah:
  • 3 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halu
  • 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
  • 1 biji tomato, dibelah empat
Cara membuat:
  1. Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
  2. Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
  4. UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 1:40 PM
9 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter