ღ Memories to Remember ღ: Rare Yogurt Cake

Thursday, September 10, 2009

Rare Yogurt Cake

Tadik petang aku ingat nak tanak wat dessert tapi masa duk cek bekas yogurt yang lom bukak... Alamakk!! Nak expired la pulak! Adehhh!! Tu la... Nafsu posa beli ari tu konon nak wat itu ini. Last² dah nak expired baru nak terhegeh² nak wat dessert. Kihkihkih! Nasib baiklah semalam kuar gi supermarket econsave jumpa gelatin yang ada cop HALAL. Bukan brand NONA *Edit tu yer... Brand NONA tu aku was² sebab sesetengah keluaran dia ada cop HALAL tapi GELATIN tadak pon aku nampak satu cop HALAL tu. Brand yang aku beli ni brand MERIAH. 1st time aku nampak brand ni. Cop halalnya pon diyakini oleh king aku. Jadik aku rembat la satu. Nak carik gelatin brand HALALGEL tadak plak kat supermarket kan. Nak kena order online gak la ni...


Resipi ni ambik kat dapo Kak Ros. Nama kek ni Rare Yogurt Cake. Cam sedap jek nama kek ni kan? Tu baru nama, belom rasa lagik tauuu!! Memula nak wat kek ni rujuk resipi kak Yani. Ntah camna MyR wat hal plak tadik. Nasib baiklah kak Ros ada simpan resipi lebih kurang sama ngan resipi kak Yani. Kalo idak... Leceh nak mengoogle lagik! Cuma step pertama ngan kuantiti yogurt jek ikut kak Yani sebelum MyR wat hal. Walaupon lari skit kuantiti yogurt tu, Alhamdulillah... menjadik jugak Rare Yogurt Cake aku. Hiks! Terima kasih kak Ros dan kak Yani sebab kongsi resipi mebelesss ni...

Kek ni kalo beli yang slice kat hotel ker kedai bakery mewah ker... ntah brapa la harganya ek? Mesti mahaittt kan kan! Sedap tau kek ni. Ala² cheesecake gitu. Cuma kiter tadak sos blueberry. Blasah strawberry dalam sirap jek. Hee!

Bahan-bahan: (acuan kek 18cm)
  • 250gram Plain Yogurt <-- 500g yogurt (buangkan air sehingga beratnya tinggal 150g)
  • 200 ml whipping cream
  • 8gram (2 sudu besar) gelatin
  • 70 gram gula
  • 120ml susu segar
  • 1 sudu kecil jus lemon
untuk base kek
  • 10 keping biskut oreo
  • 50 gram butter yang telah dicairkan.
Cara membuat:
  1. Mula-mula keluarkan inti biskut oreo yang putih tu, inti tak guna ye, amik bahagian biskut nye sahaja, letakkan dalam plastik bersih dan hancurkan dengan pengelek doh tu, pastikan ketuk hingga hancur ye, kemudian baru masukkan mentega yang dicairkan tadi. pastikan biskut oreo yang hancur tadi boleh dikepal, alas acuan kek dengan kertas minyak, kemudian tekan pada dasar acuan kek, menggunakan senduk goreng burger tu ataupun gunakan plastic je, pastikan betul-betul padat dan letak dalam peti ais lebih kurang satu jam.
  2. (penyedian kek pula ) masukkan 2 sudu besar air di dalam cawan dan letakkan gelatin kacau supaya tak beketul. panaskan susu didalam periuk, masukkan gula dan larutan gelatin tadi dan kacau sehingga gelatin betul-betul larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  3. Selepas itu, pukul yogurt sekejap hingga creamy, kemudian pukul pula whipping cream hingga creamy, tapi jangan kental sangat ye, masukkan yogurt, jus lemon dan bancuhan susu segar tadi. kacau menggunakan spatula dan curahkan didalam acuan kek, simpan didalam peti ais lebih kurang 4 jam ataupun semalaman. Sedia untuk dipotong dan sedap dimakan bersama sos blueberry atau orange marmalade.

Nota: Tuan rumah nak bobok dulu. Hari ni cuaca panas giler. Berbahang² rasanya... wat aku letih semacam... Good niteee!! Jangan lupa kejutkan aku sahur yerkk!! Hikhikhik!


Labels: ,

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 10:05 PM
3 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter