ღ Memories to Remember ღ: Kasturi Bolognese... Hehehe! Cam Sedap jek Bunyi...

Friday, September 4, 2009

Kasturi Bolognese... Hehehe! Cam Sedap jek Bunyi...

Yeahhhh!! Dessert hari ni... Kuih Kasturi resipi cilok dari Kak Ita @ Juwita. Aku start merebus kacang ijo ni dari jam 10 pagi sampailah kol 1 petang. Terlebeh empuk jadiknya. Hehehe! Pastu tunggu lagik king aku beli santan. Jam 3 lebeh baru dapat teruskan keja kat dapo. Ni king aku tolon kepal. Comel lote suma... Skali kepal punya banyak dapat. Separuh bagik jiran melayu selang 2 rumah sebab kiri kanan umah aku ni chinese. Mekaseh yerk kak ita resipi kuih kasturi ni. Senang jek nak wat. Adunan kulit tu aku doublekan sebab tak cukup. Hiks!



Bahan-bahan:
  • 200 g kacang hijau
  • 70 ml santan
  • 50 g gula
  • sedikit garam
  • 60g tepung gandm
  • 200 ml air
untuk kulit
  • 50g tepung beras + tepung gandum
  • sedikit sudu kunyit serbuk
  • sedikit garam
  • air

Cara membuat:
  1. Rendam kacang hijau sekurang-kurangnya 2 jam ita rendam 8 jam supaya cepat empuk
  2. Rebus dengan air, setelah agak kering masukkan gula, santan dan sedikit garam.
  3. masak sehingga kering dan tutup api masukkan tepung.gaul dan sejukkan.
  4. Buat bentuk bulat leper2 lagi leper lagi bagus supaya garing.
  5. Untuk kulitnya bancuhkan bahan2 kulit macam nak buat goreng pisang.
  6. celupkan dan goreng didalam minyak
  7. setelah kekuningan angkat. sedia untuk dihidang..

Menu berbuka hari ni Spaghetti sundal bolong lagik. Kihkihkih! Sos Bolognese tu aku tak wat pekat. Takot ada yang tercekik time makan tapi taklah cair. Kalo cair tu dah kira Mee kuah bolong. Kahkahkah! Resipi Spaghetti Bolognese dari Mutiarazura. Mee spaghetti aku kali ni nampak pucat sket kan? Apsal erkkk?? Terlebeh posa ker spaghetti ni. Hihi!

Bahan-bahan:
  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Gantikan dengan prune juice.

Cara membuat:
  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  8. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  9. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup. Sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Nota: tetiba blog aku ada pop-up. Aku benci pop-up tau! Jadik aku buang kejab widget 'Gotcha' tu. Tensen betul!


Labels: ,

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 10:38 PM
2 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter