ღ Memories to Remember ღ: Jemput Bawak Pinggan Memasing... Hehehe!

Saturday, September 5, 2009

Jemput Bawak Pinggan Memasing... Hehehe!


Jangan gelak yerk tengok rupa Kek Span Pandan aku yang bentuk lop² ni. Tuan tanah jek leh gelak. Kihkihkih! Kek ku ni mendap skit kat atas sebab tak sabar nak bersiap nak gi Angsana borong tudung dan shawl lagik. Tak habes borong tudung/shawl jek aku. Hikhikhik! Kek Span aku yang bentuk bolat jek yang cantik molek sebab aku bakar sejam setengah tapi suhu rendah la. Kek Span bentuk lop ni round kedua. Tu yang masuk kek span ni aku tinggikan sket suhu oven dan singkatkan masa. Last, beginilah rupa kek ku. Ibu² bapak²... Jangan tiru cara ini, ok! Hikhikhik! Resipi Kek Span Pandan dari Sweet4ever.

Bahan-bahan:
  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]
Cara membuat:
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...

Ni Kek Span yang bentuk bolat dah siap dikastadkan sebelum nak meraban kat Angsana. Bercorak sungguh kat tepi kek tu kan. Hihi! Resipi Kek Kastad Pandan dari Sweet4ever gak! Mekaseh Sweet4ever!

Bahan:bahan:
  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi
bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
UNTUK HIASAN
  • 1 cawan kelapa kering

Cara membuat:
  1. kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7. letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

Belah kek pon tak rata. Tangan tak 'halus' betul. Tangan badang kata Kak Hana. Hihihi! Blasahhhh! Janji sedap! Jemput ambik sorang sepoton... Baik hati plak aku hari ni. Kihkihkih!


Menu berbuka plak Spaghetti goreng dan bubur jek... berlauk ikan masin, telur asin, ikan bilis goreng, kacang goreng. Pastu dapat lagik bubur lambuk dari masjid BBU. Perrghhh!! Jauh tu dari BBU. Kebetulan king gi Skola kat BBU, dapat bubur lambuk dari masjid sebelah. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. Spaghetti ni mak aku yang goreng. Goreng biasa ajek cuma tambah cheese. Sedap jugakkk! Bodek mak ni... Hihi!


Labels: ,

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 10:41 PM
5 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter