ღ Memories to Remember ღ: Ber'abuk²' dan Ber'cara'

Thursday, September 3, 2009

Ber'abuk²' dan Ber'cara'

Alhamdulillah... Kenyang terbongkang aku walaupon aku masih dalam cuti² Malaysia. Hehehe! tak sabar nak posa balik ni. Aku sorang jek tak posa lam umah ni. Nak makan pon macam tak sedap jek sebab tadak geng nak melantak. Siang tadik memenatkan diri wat dessert. Dessert aku kali ni Kuih Abuk² dan Kuih Cara.


1st time ni aku wat kuih abuk². Suma lah kuih muih aku 1st time wat. Hehehehe! Kuih abuk² ni 1st time gak aku makan. Tak penah makan pon walaupon selalu nampak penjual kuih jual kuih abuk² ni. Senang cakap lah, aku ni bukan pengemar kuih muih kecuali kuih² tertentu ajek. Kalo kek jangan cakaplah, suma kek aku bantai. Hehehe! Aku wat Talam Abuk² jek sebab malas nak mencarik daun pisang. Perkataan malas tu yang tak bleh blahh! Hihi!

Bahan-bahan:
  • 1 paket sagu biji
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu gula pasir + 2 sudu gula merah
  • sedikit garam
Cara membuat:
  1. Basuh Sagu biji & toskan
  2. Campurkan sagu biji tadi, kelapa parut dan garam
  3. Masukkan 1/2 campuran tadi kat loyang
  4. Taburkan gula pasir +merah hingga rata
  5. Masukkan 1/2 lagi campuran dan ratakan.
  6. Kukus 1/2 jam. Dan boleh dimakan.



Seboleh² nak poton cam kek. Hahahaha! Cuma satu jek aku nak tanya. Disebabkan aku 1st time makan. Kuih abuk² ni memang ada nampak skit biji putih ker?? Yela... Kalo tengok dari bahan buat kuih abuk² pon tak guna air langsung kan. Hehehe... Sungguh jakun aku ni...


Lepas tu aku wat kuih cara. Terlebeh rajin walaupon ada terselit kemalasan tu. Aku wat dua jenis kuih cara. Cara berlauk dan cara manis. Cara berlauk ni aku ikut resipi Kak Yatt tapi disebabkan aku tersilap bancuh. Kuih cara berlauk ku kurang lembut. Lupa baca Bismillah la ni masa membancuh tadik. Hiks! Mak aku kata mungkin adunan aku tadik kental. Agaknya lah kot! Acuan tu plak guna acuan muffin yang kecik tu. Lepas tu bakar guna oven api bawah jek.

Bahan-bahan:

Untuk kuih cara
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • Garam / gula
Untuk inti
  • 6 keping daging di cincang halus
  • 1/2 biji capsicum
  • 3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
  • 1 biji bawang besar di potong dadu
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • Sedikit Daun bawang di potong halus
  • Sedikit daun sup di potong halus
  • Garam n ajinamoto
Cara membuat:
  1. Untuk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
  2. Untuk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang, capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
  3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit .


Ni plak kuih cara manis. Ikut resipi Kak Junjs11... Resipi lebih kurang sama ngan tadik cuma sukatan jek lain. Hihihi! Dan resipi ni, aku menge'test' guna susu segar plak. Saja nak rasa kuih ni guna susu segar. Sedap jugak rupanya guna susu segar. Kuih pon lembut... Memang sedaplah. Lepas ni, takyah susah² aku nak carik santan.

Bahan-bahan:
  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
  • 1 sudu besar jus pandan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti
Cara membuat:
  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit

Labels:

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 9:22 PM
5 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter