ღ Memories to Remember ღ: Slice Cheese Cake

Sunday, August 30, 2009

Slice Cheese Cake

Dah lama betul tak wat cheese cake yang lembut macam span. Sebelum ni selalu ikut resipi Cotton Soft Japanese Cheese Cake tapi kali ni ikut resipi Slice Cheese Cake Kak Ros @ Onigiri. Ni nak perabihkan stok slice cheese yang hampir nak expired tu. Kalo expired kang sayang plak! Sib baik ada resipi kak ros ni dan mengenangkan king teringinlah sangat nak makan Cheese Cake yang Queen dia wat ni. Ihiks!


Memula tak yakin gak nak wat resipi ni sebab takut tak jadik bila baca respon beberapa orang yang kek dorang berlapis dan bantat. Huhuhuhu! Nampak resipi macam senang. Cuma cara membuat jek kena lebih teliti kot. Alhamdulillah, Slice Cheese Cake ku menjadik tak bantat dan tak berlapis... cuma struktur kek jek nampak berlobang beso tapi tak sebeso lobang idong aku! Hiks! Rasa dan kelembutan sama ngan Cotton Soft Japanese Cheese Cake. Lepas ni kena berusaha lagik tuk nampak stuktur yang cantek cam tuan empunya resipi. Hiks! Terima kasih yer Kak Ros!

Bahan-bahan:
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
Cara membuat:
  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Labels: ,

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 2:19 PM
5 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter