ღ Memories to Remember ღ: Serius Sedap!!

Monday, August 31, 2009

Serius Sedap!!

Hari ni layan desert jek la ek. Malas nak naip panjang, dedua desert aku wat hari ni memang sedap!! Apsal sedappp?? Sebab aku dah ngap dulu! Hahahahaha! Serius sedap and mabelesss!! Mekaseh Chef Yani dan Chef Makyung Hana. Hiks! Sapa² yang meleleh air liur tu...Tolonnnn la lap air liur tu! Kang rosak kidbod masuk air liur korank. Hikhikhik! Jemput makannnn... Bawak piring memasing yerk! Poton tu jan bebeso sangat... sikit² sudaaa!! Kedekut sket! Hekhekhek! Selamat berbuka posa yerkk!

Kek Puding Karamel

Bahan-bahan:

Karamel
  • 60g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air
Puding
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
Cara membuat:
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit.
  4. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Maja Blanca

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan cornstarch@tepung jagung
  • 1/2 cawan gula - leh kurangkan klu tk suka manis
  • 1/4 cawan air
  • 2 cawan santan
  • 1/4 cawan jagung manis dlm tin
  • 1/4 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang tanah hancur - utk topping
Cara membuat:
  1. Gris loyang dengan minyak. ketepikan.
  2. Dalam mangkuk, satukan cornstarch,gula,air dan santan.kacau sebati.
  3. Masukkan jagung dan juga kismis. *jagung n kismis hana cincang kasar.
  4. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. masak dengan api sederhana hingga likat atau pekat.
  5. Tuang ke dalam loyang.
  6. Taburkan ngan kacang tanah. kemudian sejukkan dlm esbok.
  7. Potong2 dan hidangkan!

Labels:

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 3:13 PM
5 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter