ღ Memories to Remember ღ: Omputih Mix Melayu

Wednesday, August 26, 2009

Omputih Mix Melayu

Dah lama teringin nak wat lasagna ni tapi tak terbuat² gak. Hiks! Jadik hari ni dah plan nak wat lasagna. Mengenangkan teringin nak dapat pujian dari king dengan masakan western sampai aku plak yang sebok tanya "sedap tak??" berulang² kali. Kahkahkah! Manalah laki tak puji masakan bini kan. Muahahahaha!


Lasagna yang lom masuk oven lagik. Habis suma cheese aku tabur... Cheese serbuk, cheese pizza, cheese cheddar. Kihkihkih!


Close up skettt!! Yang lom bakar ni pon cam sedap kan. Hekhekhek!


Ni yang dah siap bakar. Nampak atas cam kering sket. Terlebeh bakar... siap tepi tu kembang naik plak! Hahaha! Aku blasah jer guna bekas apa yang ada.


Walaupon atas tu kering sket tapi dalamnya lembut dengan cheesyyyy... Hiskkk! Hiskkk!! Lap air liur tuuu...


Memang sedaplah wehhh!! Wa cakap luuuu (pinjam ayat Kak Ana). Ayat tak bleh blahhh!! Hahahaha!!! Tak sangka aku masak kali ni cukup rasa. Macam tadak yang kurang gitu. Haippp!! Aku posa tauuu!! Tadak curik makan oke! Hiks! Resipi lasagna ni ambik dari dapo taukey roti kita. Hihihi! Mekaseh Kak Ros Onigiri. Kak Hana (ni pantang nampak makanan kat dapo orang, laju jek cam lipas kat dapo Hikhikhik!) pon dah terai resipi ni... Kak Ita @ Juwita kita pon dah terai gak. Sapa lagik dah terai resipi Kak Ros ni angkat pinggan. Huehuehue!

Bahan-bahan:

Lasagna
  • 6 keping pasta Lasagna
Bahagian inti daging
  • 3/4 cawan daging cincang
  • 1 biji bawang putih (dicincang)
  • 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
  • 2 biji tomato ( potong dadu)
  • 1/2 biji carrot ( potong dadu)
  • 6 ketul cendawan ( potong dadu)
  • 3 sudu besar tomato ketchup
  • 2 sudu besar olive oil
Bahagian white source
  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar cheese powder
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit lada sulah
Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna

untuk hiasan
  • sedikit hirisan daun pasley kering

Cara membuat:
  1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.
  2. Buat White source: campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.
  3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.



Dessert kita plak Kuih Sagu, my peberet dan peberet king jugak. Memula nampak Ijan duk tayang kuih sagu dia. Tensen tauuu!! Kalo kasik makan takpa lah gak. Ni kasik cuci mata jek. Kejam!! Hehehe! Dah banyak dapo dah wat kuih ni. Daripada aku membazir air liur aku duk leleh tengok kuih sagu dorang. Aku gagahkan gak wat. Cheh!! Cam susah no nak wat kuih sagu ni. Bunyi cam berlagak jek kan. Hahaha!

Masa skola dulu nak blaja wat kuih sagu tapi takut terlembik, terkeras atau berbijik putih. Kang salah wat sapa nak makan?? Tong sampah jugak tolon makan. Last² sampai sekarang tak buat². La ni baru wat, kira 1st time la wat kuih ni. Slalu main tunjuk jek. Hikhikhik! Aku ikut resipi mama kastam tioman. Ikut cara masak mama kastam tioman ni memang hasil kuih saguku cantekkkkkk!! Tak nampak satu pon biji putih yang tinggal dan kuih nampak berbiji² cantik tak hancur. Memang puas hatilah... Resipi asal guna gelas, jadik aku kurangkan sukatan guna cawan jek.

Bahan-bahan:
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

Labels: ,

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 10:25 PM
5 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter