ღ Memories to Remember ღ: Dah Start Cuti... Uhuks!

Saturday, August 29, 2009

Dah Start Cuti... Uhuks!

Hari ni tuan rumah terpaksa cuti posa. Cuti yang telah diiktiraf gitu. Hiks! Harap² peyed tak lama macam sebelum ni. Kalo idak terpaksalah aku telan air anak tauge yang payau tu! Uwekkk!! Tapi orang kata orang yang penah pregnant ni peyed bleh jadik betul, betul ker? Hee! Tataulah aku... Harap²lah camtu... Oklah! Jom kita cuci mata jap...


Ni desert semalam aku wat. Cream Cheese Bars resipi Skyblue. Resipi yang simple dan sedap! Mekyung Hana pon dah terai resipi ni. Kan mekyung kan kan?? Hehe! Tenkiu Skyblue...

Bahan-bahan:
  • 250g cream cheese (suhu bilik)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil lemon butter atau jus lemon
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 keping puff pastry
Topping
  • 1 sudu besar majerin atau mentega (cairkan)
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar gula halus
Cara membuat:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Pukul cream cheese bersama gula sehingga jadi krim. Masukkan lemon butter dan esen vanilla, kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  3. Lapis 8"x8" loyang dgn baking paper, letak satu keping puff pastry yg telah dicucuk-cucuk dgn garpu. Klu takde baking paper, griskan loyang.
  4. Masukkan campuran cream cheese dan rata-ratakan. Tutup cream cheese dgn sekeping puff pastry.
  5. Sapu permukaan puff pastry dgn majerin, biar basah sikit. Gaulkan gula dan serbuk cinnamon, taburkan di atas permukaan puff pastry.
  6. Bakar selama 20 minit atau sehingga perang. Biar sejuk sebelum dipotong. Boleh disimpan dlm peti sejuk, rasa lebih enak keesokan.


Hah! Ni Apam Gula Hangus Kukus resipi Kak Hazila. Mekaseh yer Kak Hazila. Resipi cilok sesenyap jek ni. Hikhikhik! Aku wat setengah adunan jek. Maklumlah bulan² posa ni tak banyak makan. Apam ni lembut cuma rasa pahit sket mungkin aku terletak lebeh soda bikarbonat kot. Huhuhuhu!

Bahan-bahan:
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 sudu makan butter
  • 1/2 sudu makan soda bikarbonate
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
Cara membuat:
  1. 2 cawan gula pasir dibuat gula hangus, kemudian masukkan air. Biarkan mendidih dan tutup api. Masukkan butter dan kacau biar sebati. Biarkan ia sejuk sebentar.
  2. Bancuh campuran gula hangus tadi dengan tepung gandum, soda bikarbonate dan telur.
  3. Pastikan ia sebati tanpa ada ketulan/tepung yg tidak sebati.
  4. Panaskan kukusan, sapukan butter pada bekas yg hendak diisi campuran tadi.
  5. Setelah air mendidih, kukus campuran apam tadi hingga masak.


Adehhh... Haus plak erkkk!! Hehehe! Aku sebenarnya nak wat Sweet Sour Guava Juice resipi Kak Ana bini Wahid Sengal tu tapi kekurangan bahan plak! Asam boi yilekkk!! Jadik aku gantikan ngan hirisan lemon jer la. Jangan kempunan orang kata! Hikhikhik!

Bahan-bahan:
  • 2 biji jambu batu tanpa bijik ( yg jenis berkedut tuh )
  • 2 liter air
  • 1 1/2 - 2 senduk gula pasir
  • sedikit pewarna hijau
  • Asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris - secukupnya
  • Air batu secukupnya
Cara membuat:
  1. Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yg telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air,gula dan asam boi sesukupnya. Blander hingga hancur.
  2. Ulang 1 sehingga habis.Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini. Masam n manis jus ini bergantung pada kehendak masing2. Tambahkan air batu siap untuk diminum. Sedapppppp


Aaa... Menu hari ni Pecellllllll!! Ni ayah aku yang nak makan. Jadik bini dia la yang wat kan. Mak aku ler... Aku masak lauk ikan goreng ngan kerang rebus jek. Hehehehehe! Pecal tu pon bukan suma benda aku leh makan. Tauge taklehhhh!! Kangkung pon taklehhh!! Masih pantang lagik kan walaupon banyak benda dah aku leh telan. Cuma benda² 'sejuk' jek takleh wat masa ni. Pantang tetap pantang wehhh!! Dengo cakap mak, kangg bentannn!! Huhuhuhu!

Semalam cerita entry aku sal update blog list tu cuma mekyung hana jek dapat wat. Masih ada yang stuck sebab tak dapat detect link aku kat BLOG I'M FOLLOWING tu. Ni aku tatau plak camna nak settle. Huhuhuhu! Nak kena pecat CEO blogger ni. Kang aku yang jadik CEO blogger! Hahahaha! Errr... Bagik Akak²ku yang tak dapat detect blog link aku kat BLOG I'M FOLLOWING tu.. Nanti aku bitau cara lain. Hari ni tak larat nak jadik cikgu sebab dah ngantuk. Hikhikhik! Sabo yerkkk!!


Labels:

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 10:19 PM
4 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter