ღ Memories to Remember ღ: Tiada Jodoh

Tuesday, July 28, 2009

Tiada Jodoh

Hari ni aku nak sampaikan berita seperti yang aku janjikan sebelum ni pasal aku dan baby. Baby aku dah pergi tinggalkan aku. Tiada jodoh kami nak berjumpa di dunia yang penuh pancaroba ni. Takpalah... Harap ada rezeki lagik pasni cuma cepat atau lambat ajer...

Hari ahad lepas aku gi appointment doktor untuk dapatkan result pasal darah yang diambil tempoh hari. Resultnya, aku tadak sebarang jangkitan pada rahim cuma aku ada darah putih yang tinggi jugaklah dalam result tu. Masa scan jugak, baby aku masih ada fetal heart. Doktor ni tadaklah suh abortkan baby cumanya doktor ni beri pilihan dan kesan² pada aku dan jugak baby nanti. Seperti yang doktor cakap, dia takleh bagik jaminan selama mana baby ni boleh bertahan. Lagikpon akan masuk 120 hari, baby ni dah ada roh dan sekiranya baby ni pergi masa tu. Kerja pengebumian perlu dilakukan tapi itu taklah menjadi masalah bagi kami cumanya effect dan kesan pada aku nanti. Jadik dari usia kandungan aku, kami ada 3 hari lagik untuk buat keputusan yang tepat samada perlu teruskan jugak atau tidak.

Selama 2 hari ni aku tak henti² memohon pada-Nya agar aku diberi keputusan yang tepat. Ntah kenapa semalam tidur ku macam tak lena dan tak sedap hati. Aku tadaklah mimpi apa² tanda. Cuma yang aku pelik baru semalam aku sembelit tetiba pagi ni aku sakit perot nak memberon plak! Bukan sekali tapi dua kali macam cirit birit jadiknya. Aku memang dah cakap kat king nak cek hari ni. King aku macam pelik gak la kenapa aku nak cek hari ni, sedangkan appointment doktor kat meternity khamis ni. Ntahlah... Naluri ibu kot. Kitaorang cek dekat klinik dekat ngan umah ni. Bila cek, doktor cakap baby dah tadak bentuk dan fetal heart dah tadak. Aku dah macam boleh trima benda ni mungkin aku dah puas sangat menangis dan bersedih kot. Aku sendiri tak tahan sedih sebelum ni bila tengok baby tu kuat untuk hidup selama 2 minggu ni dalam kantung yang sempit, tiada air ketuban dan paling sedih baby ni tiada tanda² kencing tuk air ketuban kembali. Aku jadi serba salah... Akhirnya doa aku 2 hari ni telah dimakbulkan-Nya. Masa sembahyang Istikarah hari tu memang aku dapat mimpi yang baby tu akan kuar sendiri (gugur). Hari ni baru kami dapat buat keputusan dan keluarkan baby. Jadik tadak lah kami serba salah bila nak abort.

Esok pagi aku akan ke meternity specialist untuk wat D&C. Tadik aku dah makan apa yang boleh sebab malam ni aku perlu puasa atas suggestion doktor. Lepas tu aku kena berpantang la macam orang baru bersalin. Hai.. Tak sangka aku pulak yang berpantang dulu. Hiks! Nasib badan...

Buat akak²ku dan member² lain dan jugak kenalan² baru... Terima kasih atas nasihat, sokongan dan doa buat aku dan baby. Semoga Allah merahmati kehidupan seharian korank semua... amin. Insya Allah bila aku dah rasa oke, aku akan mulakan mengoblog seperti biasa.



what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 6:58 PM
15 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter