ღ Memories to Remember ღ: 'Bersalin' dan D&C

Thursday, July 30, 2009

'Bersalin' dan D&C

Alhamdulillah aku dah slamat 'bersalin' dan slamat wat D&C. Sekarang ni keadaan aku mula stabil berbanding semalam, cuma kepala rasa cinenoneng skit. Okeylah... aku nak citer pasal pengalaman aku 'bersalin' dan wat D&C.

Seawal jam 9.00 pagi, kitaorang bertolak dari rumah ke Meternity Speacialist. Aku cuma bawa beberapa barang saja dalam beg iaitu kain batik, pad dan spentot...Hiks. Sampai jer Meternity Speacialist, terus gi kaunter bitau nak wat D&C. Beberapa minit kemudian doktor pon panggil untuk berbincang apa yang harus dibuat nanti. Menurut doktor ni, aku tak perlu posa sebab dia nak aku delivery baby ni seperti orang yang bersalin. Nak tunggu delivery tu aku perlukan tenaga. Kalo terus D&C memang aku perlu posa tapi doktor ni tanak baby ni hancur bila terus wat D&C. Tambah lagik baby ni dah ada tulang. Jadik doktor suh kitaorang gi makan dulu.

Jam 10.00 pagi gitu kitaorang dah siap makan dan patah balik ke Meternity. Kitaorang tunggu dalam sejam jugaklah sebab doktor tetiba ada kes nak delivery baby time tu. Lepas tu, nurse suh masuk wad. Bila dah masuk wad, pakaian suma terpaksa ditukarlah dengan pakaian wad. Jam 11 suku gitu, datang makcik nurse ni masukkan ubat kat rahim aku. Fuh!! Memang sakit la dia masukkan ubat tu kat dalam pintu rahim. Nangis² gaklah aku... Aku ni memang penakut sakit. Sakit jarum pon aku leh nangis. Hiks! Masa nurse tu jolok, dia bitau rahim aku ni dah terbuka 1.5cm dan baby aku ni besar. Besar dari sepatutnya kot! Lepas tu ,makcik nurse tu bitau yang aku akan demam sebab ubat tu. King aku pulak gi ambik barang skit dan aku cuma kim bawakan stokin sebab kaki aku dah kesejukkan ngan ekon.

Beberapa minit kemudian, perot aku mula rasa sakit macam sengugut gitu. Datang kejab² pastu ilang... Pastu sakit lagik pastu ilang. Macam orang ngandung nak bersalin gitu. Effect ubat ni sepatutnya 4 jam tapi aku plak sampai 9 jam! Makcik nurse sampai terpaksa bagik aku 3 kali dos ubat. Mak aku lepas mesyuarat terus gi Meternity Specialist dan ambik cuti sebab nak jaga aku. Makcik nurse tu masukkan ubat kali kedua dan ketiga, bukan jer kena jolok pastu perut aku kena tekan sebab nak bantu baby tu kuar. Mak aku sampai baca yassin tuk aku supaya dipercepatkan baby kuar. Makcik nurse tu tekan² perot aku sambil suh aku teran skit², batuk, berdehem bagai. Aku nangis² tak tahan sakit, mak aku plak dah naik risau tengok aku terus baca² selawat sambil usap kepala aku. Sebelum makcik nurse tu nak balik, dia sempat lagik masuk dos kali ketiga sebab risau baby tanak kuar² jugak walaupon aku cuba teran skit². Pastu king aku plak baca yassin sambil pegang perot aku. Masa king aku baca yassin, aku terasa perot aku sakit kerap² tapi baby tanak gak kuar. Bila tengok baby tanak kuar jugak, king suh aku plak baca yassin... King aku suh aku baca maksud rumi yassin tu saja. Akhirnya habis jer aku baca ngan doa yassin skali, baby tu terus kuar pastu aku terus panggil mak aku bitau terasa macam dah kuar. King aku cakap "baby ni nak jugak mak dia yang bacakan yassin untuk dia dan dia nak mak dia redha". Alhamdulillah, kuasa Allah. Pastu doktor datang cek, baby tu memang dah kuar tapi uri blom kuar. Doktor jarum bagik rahim aku kecut. Perot aku rasa sakit sangat! Mak aku suh aku cuba teran kuarkan uri tu. Aku cuba jugak teran, akhirnya uri pon kuar. Pastu aku pon muntah!

Aku dah lemah gila. Mata aku dah hampir tertutup sebab aku rasa ngantuk sangat. Darah memang banyak kuar. Mak aku tak suh tidur "jangan tidur, mengucap... selawat". Berulang kali mak aku cakap jangan tidur. Pastu aku kena bawak gi bilik khas tuk wat D&C. Masa tu aku memang pening, lemah dan ngantuk. Jam 9.00 malam sampailah dekat jam 10.00 malam tunggu doktor. Doktor ada patient masa ni tu yang lambat. King aku kesian tengok aku dah lemah giler . King aku cakap "We never come here again". Mungkin king aku bengang kot, doktor lambat sangat. Memang lama giler aku rasa tunggu doktor tu datang. Memang tak tahan dah ngantuk mata aku. Rasa nak tido jer tapi king aku tak kasik sebab aku bleeding banyak. Lagikpon doktor tak bius dan bagik ubat tido kat aku lagik. King aku cuba bangunkan aku bila mata aku hampir tertutup. Korank bayangkanlah... seksanya aku nak nahan mata yang dah layu, penat dan pening. Aku mengucap dan berselawat banyak². King aku pesan kat aku, kalo sesapa yang bleeding banyak jangan bagik dia tido sebab takut jadik koma dan boleh jadik orang tu akan mati. Kalo doktor memang dah bagik ubat tido tak kesahlah kalo disuruh tido.

Akhirnya jam 10 malam doktor pon masuk. Doktor tanya keadaan aku camna. Aku jawab "ngantuk sangat!". "Ngantuk macam tak tidur dua hari?" Aku dah melayang² tengok doktor tu. Aku pon tatau tu satu pertanyaan ker apa. Hehe! Doktor ni dibantu oleh 2 orang nurse. Doktor tuk cucuk jarum kat lengan aku, aku terus mengerang nahan sakit jarum tu. Doktor sempat cakap macam bergurau gitu "Ni jarum baby, saya tadak lagik jarum lagik kecik". "Saya akan bagik awak ubat tidur dan tahan sakit" terus dia masukkan ubat. Tangan aku dah mengigil dan mata aku dah melayang² dah "Saya rasa nak pitam". Doktor tu cakap, "Okey, kalo awak rasa nak pitam... pejam mata awak". Aku terus pejam mata, terus tak sedar. Bila terjaga dengar sora mak aku berbual² ngan nurse. Doktor kat sebelah aku tepuk aku "Dah oke, siap dah". Aku dalam separuh sedar sempat tengok jam dah jam 11 gitu. Baju aku pon dah tukar suma. Malam tu jugak aku balik. Sampai jer kat umah jam 12 tengah malam lebih kurang. Nak masuk rumah, aku pejam² mata sambil kena papah sebab aku terlalu pening sangat. Naik atas bilik pon aku kena angkat. King aku bagik aku makan skit... Makan nasik panas ngan ikan bilis tak leh telan, minum nestum muntah. Last² king aku bagik aku minum glukose separuh cawan, barulah aku tido.

Jadik hari ni aku dah bermula berpantang. Aku tanya² king aku jantina baby tu. Memula king aku tak bitau, dia kata dia tak nampak. Bila kawan mak aku melawat tadik, mak aku cita² baby tu lelaki. Bila aku cakap ngan king aku baru king aku bitau baby tu lelaki. Aku tanya kat king "ayang nampak tak telur dia? Hehe!". King aku gelak jer...

Jadik ni lah pengalaman aku... Kalo ikutkan tak sakit sangat pon. Aku jer yang takut sakit. Cembeng gila aku ni. Huhu! Mungkin jugak baby aku baru nak masuk 4 bulan. Jadik masih kecik... Lepas wat D&C ada orang kata sakit lepas bius. Alhamdulillah, takat ni aku rasa oke jek dan aku tanak gak merasa sakit pas wat D&C tu. Cuma aku masih banyak kehilangan darah, jadik terasa pening bila berdiri terlalu lama. Nasib baiklah laptop ni leh bawa sana ke mari dan kabel internet pon kat sebelah aku jek. Wiresless kat umah ni memang dah lama tutup sejak pregnant hari tu sampai sekarang. Kalo ikutkan, aku berpantang bulan ni sehingga nak raya. Jadik raya bleh la aku MENTEKEDARAH. Kehkehkeh! Sempat lagik tu... Hihi!

Untuk pengetahuan semua, masa scan lagik semalam kat meternity. Doktor ni dapat detect baby aku masih ada heartbeat tetapi terlalu slow sangat dan hampir tak kedengaran. Ya Allah, kuatnya anak aku ni... tapi keputusan pon dah buat memang dah petunjuk dari Allah semalam tak nampak heartbeat baby tu. Jadik aku teruskan jugak keputusan tu. Baby tu pon jugak tak mungkin tahan lama lagik bila dengar bunyi jantung yang sayu². Mungkin malam semalam atau hari ni atau esok dia dah tak ada. Aku pon dah tak sanggup biar baby aku terseksa lama. Jadik cerita aku dan baby takat disini saja. Kang nak crita panjang lebar... Kang sedih plak aku....


The End


what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 4:53 PM
18 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter