ღ Memories to Remember ღ: Aku dan Baby

Thursday, July 23, 2009

Aku dan Baby

Alahai... Dah bersawang umah aku ni. Aku ni sebenarnya lom ada mood lagik nak update blog wat masa ni. Kerisauan dan kesedihan yang membelengu setiap hari. Mungkin ramai akak²ku dan membe² blog yang tatau lagik apa sebabnya aku tak update blog hampir seminggu ni. Sebenarnya dari hari aku tak update blog tu, aku ada masalah dengan baby.

Hari ahad tu, aku ada appointment dengan doktor kat Meternity Speacialist. Doktor scan la perot aku nak tahu perkembangan baby. Doktor terkejut bila scan kantung baby dah kurang air ketuban. Baby hidup tersepit dalam kantung yang cukup² saiz dengan baby jer. Aku dah mula cuak, takut jadi apa² kat baby tapi baby still ada heartbeat. Jadik doktor ambik sample darah dari rahim aku untuk diujikaji. Jadik keputusan akan dapat ahad ni. Balik jer rumah aku dah takleh kata apa dah sebab doktor kata baby mungkin ada masalah ginjal sebab takleh nak kencing untuk air ketuban.

Hari Isnin plak, king aku ajak gi klinik dekat ngan umah aku yang biasa kami pegi. Kitaorang nak cek dan scan baby samada baby ok ker tak. Doktor ni pon cakap memang air ketuban dah kurang sangat dan baby macam tersepit takleh gerak bebas. Masa tu aku tak cakap banyak. Doktor forwardkan aku ke Puteri Specialist Hospital jumpa ngan sorang doktor pakar kat sana. Jadik petang tu, MIL aku pon cuti emegency temankan skali ke Puteri. Sejam menunggu giliran, turn aku plak. King aku terangkan apa yang berlaku kat doktor tu. Lepas tu doktor scan lagik perot aku tengok keadaan baby. Baby memang nampak oke sebab ada heartbeat tapi macam doktor² sebelum ni cakap peluang baby tu untuk hidup mungkin tipis dan kalo hidup skalipon baby takkan membesar dengan normal dan mungkin ada kecacatan. Doktor terus ambik sample darah aku untuk dihantarkan ke GH. Doktor ni suggest aku abortkan baby ni sebab peluang baby hidup yang tipis. Punyalah aku menangis kat situ... Tak tertahan hati aku mendengar. bila doktor suh abort. Doktor bagik king aku surat forward dan sample darah untuk dibawa ke GH untuk abortion.

King aku tak bawa aku ke GH untuk abortion sebaliknya kitaorang balik ke rumah dulu bincang apa nak buat. Sepanjang hari aku menangis. Aku tatau nak kata apa. Macam mana aku nak abort baby yang masih bernyawa??? Walaupon baby ni belom cukup sifat. King aku memang tanak abort baby ni sekiranya kandungan ni tidak memberi effect pada aku. Sekiranya Allah benarkan baby ni hidup walaupon tak cukup sifat dia sanggup terima dan bela. Kalo ikutkan FIL ngan MIL aku, dorang ikut cakap doktor. Malam tu king aku kol bapak aku bincang hal ni. Bapak aku sama ngan keputusan kami tanak abort baby sekiranya masih bernyawa tapi sekiranya memberi kesan pada aku, bapak aku lebih pentingkan aku. Malam tu kami sembahyang Istikarah mintak petunjuk dari Allah apa yang patut kami buat. Kami takkan gugurkan janin yang masih bernyawa. Melainkan baby dalam rahim aku ni memang dah tak bernyawa bolehlah buat abortion... Aku dan king memang tak sampai hati. Sekiranya kami ikut cakap doktor tu samalah kami dengan kes² berita yang segaja membunuh janin haram!

Keesokkan harinya kami gi scan lagik nak tau samada baby masih ok ker tidak. Sekali lagik baby aku masih kuat dan ada heartbeat. Aku hepi bila tengok baby tu masih kuat nak hidup dalam kantung yang cukup² muat dan air ketuban yang hanya tinggal skit tapi dalam pada masa yang sama aku masih tetap risau sebab perjalanan baby ni nak hidup masih panjang. Aku tatau brapa lama baby aku ni boleh hidup.

Hari semalam aku tak scan langsung baby aku camna keadaan sebab aku takut nak tengok kalo² baby dah takda. Aku minta tundakan scan. Macam² info aku baca kat internet pasal air ketuban berkurang ni. Memang kebanyakkan peluang sangat tipis dan kebanyakkan info yang aku baca kekurangan air ketuban yang dorang alami masa kandungan dah hampir matang dan kes aku pulak diawal kehamilan. Aku cuma mohon ajer pada Allah agar baby ni boleh diselamatkan dan dikembalikan air ketuban walaupon ianya mustahil! Tapi aku percaya pada kuasa Allah.

Hari ni sepatutnya aku memang tanak scan jugak tapi king aku tanak terjadi apa² kat aku sekiranya baby ni dah takda. Jadik kitaorang pegi lagik klinik untuk scan tengok keadaan baby. Aku memang macam takut sangat nak tengok. Masa scan tadik aku tak sangka baby aku masih bernyawa dan nak gerak² dalam kantung yang sempit tu. Aku cakap ngan king aku "baby kita ni kuat!". King aku senyum "Ya, memang budak ni kuat!". Aku masih tak putus² doa agar baby aku ni boleh hidup dan baby aku boleh mengeluarkan air ketubannya sendiri...

Ermmm... Panjang skit story aku kali ni. Mebi wat mengantuk ajer.... Aku mungkin bercuti sekejab dari memgoblogkan diri. Kalo² aku wat update nanti mungkin adalah berita nak disampaikan. Tataulah samada berita baik atau buruk. Kalo aku ada mood, aku akan jengah² jer dapo korank. Terima kasih banyak² yang mendoakan kesihatan aku dan baby selama ni. Korank jan dok nakal² kat umah aku yerk! Kang aku suh sapu mop lantai baru tau... i lebiu all... hugs

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 9:11 PM
9 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter