ღ Memories to Remember ღ: Daging Kandar

Monday, May 18, 2009

Daging Kandar


Muahahahaha! Mengancam ker Kak Hana Daging Kandar aku nighh?? Beria² aku nanya Kak Hana kat YM brapa banyak serbuk kari nak guna. Yola... 2 paket tu untuk paket kat umah aku ni banyak gilerrr untuk 1/2 kilo daging. Kat umah biasa beli serbuk kari paket besoo tu hah. Aku masak daging pon 1/2 kilo jek dan 1/2 kilo lagik simpan tuk ayah aku nak wat apa ntah. Ayah aku yang kirim daging semalam ngan king aku tapi aku dah blasah separuh... lantak laaa! Aku yang conquer dapo, jadik aku capai la apa aku nak masak. Kihkihkih! Kejam tak kejam..

Daging kandar ni, king aku cakap cam lauk kenduri. Ntah.. ye ker? Blasah ja la. Siap cakap "Next time wat lagik". Kembang semangkuk kejab. Akekekekee! Mak aku plak ingat aku masak rendang daging. Luar nampak sebijik cam rendang. Tanganku ni belom penah masak rendang daging. Tolong gaul rendang penah la. Kahkahkah! Resipi ni aku derhaka skit jek. Amponnn tuan empunya resipi. Entah napa lidahku macam tak cukup rasa. Tu yang aku tambah serai ngan skit santan. Kehkehkeh! Tenkiu Kaksma tauke Daging Kandar.


Bahan-bahan:
  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 paket serbuk kari daging babas (1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
Cara-cara
  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Labels:

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 1:52 PM
4 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter