ღ Memories to Remember ღ: Roselle

Tuesday, February 10, 2009

Roselle

Yeyyyy!! Dapat bunga rozel freeeee!! Kihkihkih! Beso² nko bunga rozel ni. Aku dah siap² cakap ngan mak aku simpan benihnya nak tanam. Makcik aku bawakan bunga rozel ni dari Segamat. Kebetulan hari ni makcik aku nak hantar anaknya gi MRSM pontian. Anaknya cemerlang dalam UPSR. Tu yang dapat masuk MRSM tapi aku tak dapat pon jumpa makcik aku tadik sebab dorang tak sempat singgah rumah dan terpaksa balik Segamat hari ni jugak. Jadik king aku yang uruskan hal pendaftaran adik sepupunya kat MRSM tadik. Aku tak dapat ikut sebab hari ni aku sengugut tahap gaban sampai aku terpaksa telan panadol menstrual 2 bijik. Nasib baik sengugut aku bulan ni tak seteruk bulan lepas. Bulan lepas aku sengugut sampai nak pitam dan terpaksa telan panadol 2 bijik 3 kali sehari barulah reda sengugut aku. Aku nak tanya ler kat akak² ku, orang selalu cakap kalo lepas kawen takda sengugut tapi aku selalu sengugut. Maksud orang tu lepas kawen ker lepas branak takda sengugut?? Penin! penin! Sila jawab pakar sakit puan... akekeke!


Ni la dia bunga rozel yang makcik aku bawakan tu. Banyak woo satu plastik besoo! Bunga pon beso². Sebenarnya bunga rozel ni mak aku minta benihnya dari orang cina masa gi beraya kat rumah kawan lama mak kat Kulai. Jadik mak aku simpankan benih bunga rozel ni skit kasik kat makcik aku suh tanam. Mak aku ada gak tanam tapi mati sebab tanam lam pasu! Yela.. rumah kami ni tanah secoet jek. Tu pon dah penuh mak aku tanam pokok pandan (hampir nak gondol dikerjakan aku... ehehe), pokok buah nona dan pokok serai.

Mak aku memang suka menanam. Kat rumah lama mak aku... tanah blakang umah luas, tak skit tanah pon mak aku kasik chance punya! Rumah sekarang pon suma tanam dalam pasu ya kunyit, ya halia, pegaga, daun kesum, limau purut, saderi, pokok kacang, pokok markisa (dah Innalillah.. ), pokok anggur (lom berbuah lagi), pokok terung... pokok apa lagik ek?? Lupa! Hehe! Lagik satu mak aku ni gila bunga. Aku jek tak brapa minat sangat ngan bunga. Nak suh aku menanam lagik la tak reti. Kalo suh gondolkan pokok orang reti la... Hahahaha!


Sedapnya wat jus rozel ni... Kalo minum ni kompem tumbang. Hahaha! Jus rozel ni bikin tido wehh!!


Teka teki gambar pokok semalam lom ada yang dapat jawab ngan betul, aku bagik masa sampai esok... kalo tak dapat jawab jugak nanti aku upload gambar clue yang lain. Aku ikhlas nak bagik hadiah ikan masin terubuk Sabah ni wehhh!! Takkan tanak koott!! Rugi betui!! Hehehe! Sesapa pon leh jawab tak kira dimana anda berada mahupon di bulan skalipon.. kehkehkeh!

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 9:10 PM
13 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter