ღ Memories to Remember ღ: Resipi Chef Y&Y

Wednesday, February 4, 2009

Resipi Chef Y&Y

Hohoho! Ikan pekasam kak Yatt! Memula aku ragu skit tengok ikan pekasam aku ni, dah macam rupa ikan goreng. Kihkihkih! Aku rasa dah seminggu aku perap ikan pekasam aku lam peti sejuk, ni baru tingat nak goreng ikan pekasam. Kak Yatttttt... Ikan pekasam ni jenis kering yerrkkk?? Agak² jadik tak ikan pekasam aku ni kak?? Kalo tengok rupa leh dapat brapa markah ni?? Akekeke! Tenkiu kak Yatt sudi berkongsi ikan pekasam kak Yatt... Ada lagik 2 ekor tak goreng lagik. Nanti time tadak selera nak makan malam leh blasah ikan pekasam kak Yatt ni.


Bahan-bahan:
  • 6 ekor ikan puyu (ikan sepat, ikan talapia pun boleh digunakan)
  • 1 cawan garam kasar (halus pun boleh digunakan)
  • 1 cawan beras yang telah digoreng tanpa minyak
  • Sedikit gula
Cara membuat:
  1. Bersihkan ikan-ikan puyu, kemudian lumurkan seluruh ikan itu dengan garam biar lebih sikit takpe, masukan ikan tersebut di dalam bekas yang boleh ditutup.Biarkan sampai esok.
  2. Blend beras yang digoreng sehingga halus. Keluarkan ikan dari bekas, selepas tu basuh ikan dan sejat. Taburkan sedikit gula dan lumurkan beras pada ikan tersebut. Biarkan semalaman didalam bekas tertutup.
  3. Setelah itu masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jgn simpan di tempat yg beku simpan di bahagian bawah tempat isi sayuran/buahan)
  4. Kemudian bolehlah di goreng ikan tersebut sehingga garing. Gorengkan sedikit cili kering dan bawang merah dan taburkan diatasnya. Siap utk disantap bersama.

Tadik petang ada time free skit wat Pau resipi kak Yani. Inti kuih pau ni ikan sardin dalam tin tu jek. Aku malas nak merebus kacang merah... Hehe! Cuma pau aku ni mengerutu dan ada part mengelembung sikit tapi pau ku tetap menten lembut dan ayu seperti tuannya.. Kihkihkih! Mekaseh yer kak Yani. 3 ketol jugak aku blasah makan tadik! "Errkkkk" (sendawa) Alhamdulillah.. Kenyangggg!!


Bahan-bahan:
  • 300g tepung gandum
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur
Cara membuat:
  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. Kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. Kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Untuk uji naik ke tidak. Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  10. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

Labels:

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 11:40 PM
5 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter