ღ Memories to Remember ღ: Keganasan Tentera Zionis dengan laksanya

Thursday, February 5, 2009

Keganasan Tentera Zionis dengan laksanya

Ikan Goreng Berempah resipi kak Hana Sengal. Haha! Terlupa plak nak ambik hampas rempah ikan goreng tu sebab kepala blur bila tengok seekor jek ikan kerisi aku yang cantik molek! Ikan ni tak letak serai sebab dah terbiasa guna bahan kunyit hidup, bawang putih, halia, garam dan skit serbuk kunyit (nak ikan skin kaler hawaian gitu.. Hehe). Mekaseh kak Hana, next time letak serai, kompem gondol pokok serai depan umah. Haha!


Bahan-bahan:
  • 4 ekor ikan - apa² ikan yang sesuai dgoreng
  • 5cm kunyit hidup
  • 6 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • sebatang serai - dhiris *optional
  • garam

Cara membuat:
  1. Siang ikan cuci bersih. Kelar bahagian badan tak putus.
  2. Tumbuk kunyit hidup, bawang putih, halia, serai dan juga garam hingga agak² lumat.
  3. Gaulkan ngan ikan tadi. Perap lebih kurang sejam atau lebih.
  4. Goreng dengan minyak yang panas hingga garing tapi jangan sampia hangus angkat. lebihan rempah² tadi jangan buang. Toskan dan taburkan ke atas ikan.
Ikan kerisi ku dalam keadaan mengerikan setelah diserang tentera Zionis dengan kejamnya. Habis putus kepala dan bederai isi sehingga menampakkan tulang. Ganas tak aku mengoreng ikan?? Ada tak bakal² ahli tentera Zionis?? Kakakakah!

Lepas tu aku layan plak Laksa Kuala Perlis ni. Aku dah boring tahap gaban makan laksa Johor. Laksa Johor memang sedap tapi tak minat makan dengan spaggeti. Aku lebih layan makan laksa Johor dengan mee Laksa. Bertambah² kalo makan nko! Memang tak hengat donyaaa! Hehe!

Hari ni plak aku tingin nak makan laksa negeri lain plak! Jadik aku wat ler skit sekadar nak menjamah ajekk... Camni la kalo orang mengidam melebihi kak Hana... Mengandung TAIKK!! Haha! Aku kan PEMALAS orangnya, jadik ikan tu aku guna jek ikan tuna dalam tin. Bila tengok ramai member edit laksa guna ikan tuna jadik aku pon join guna ikan tuna dalam tin tapi resipi Delila Laksa Kuala Perlis . Tenkiu Delila... Resipi mu akan ku kenang. Kuikuikui!


Bahan-bahan:
  • 1 Kg laksa beras
  • 1 Kg ikan kembung
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1/2 inci lengkuas (ketuk)
  • Asam keping secukupnya
  • 1 ketul gula 'Gherek'
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 kuntum bunga kantan (belah 4)
  • Garam, Gula dan MSG secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 5 biji cili merah
  • Belacan sebesar ibu jari
BAHAN ULAM
  • 1 biji timun (potong lidi)
  • 2 labu bawang besar (potong bulat nipis)
  • 10 biji cili api (potong bulat nipis)
  • Daun selom secukupnya (racik halus)
Cara membuat:
  1. Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
  2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi. Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat.
  3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih.
  4. CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.

Labels:

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 3:06 PM
4 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter