ღ Memories to Remember ღ: Ala Udang Berempah....

Friday, February 13, 2009

Ala Udang Berempah....

Uihhh... Panas tui cuaca hari. Terasa betui bahang panas matahari... Korang tak rasa panas ker??? Aku nyaris² nak duduk dalam peti sejuk. Kikikiki!

Tetiba plak lepas maghrib karan tadak. Tensen tui TNB kawasan taman pat aku ni. Asik² blackout ajek, tensen la kalo keje asik blackout ajer. Sok² hari perayaan aku nak baling mercun katak kat pekerja² TNB Johor. Kihkihkih! Nak wat keje pon tak leh tapi antara tadak karan ngan tadak air aku lebih TENSEN kalo tadak airrrrrr!! Susah nak CEBOK oiii!! Kakakakaka! Kang terpaksa beristinjak plak! Errr... tak rela...

Hari ni aku masak udang tapi udang ni rasa lain skit. Ntah pesal rasanya membuatkan aku tak selera nak makan banyak. Rasa udang ni macam dah diperap dalam container plastik. Kenapa aku cakap "macam diperap dalam container plastik"?? Sebab rasa udang ni macam rasa bau plastik. Hahaha! Lebih kurang gitu ler. Last² aku perap udang ni dengan air garam dan air halia nak bagik hilang rasa pelik tu.

Jadik aku habiskan ja la udang dalam peti sejuk tu. Nanti leh la aku beli udang baru lagik. Kihkihkih! Aku sebenarnya tatau nak masak apa udang ni. Makhluk² perot gergasi kat umah ni lebih suka makan udang goreng. Kebetulan nak habiskan rempah Ayam Goreng Berempah kak Noorsha yang aku simpan saki bakinya dalam peti sejuk. Jadik tadak la membazir rempah ayam tu kan. Penat ajer blender kalo buang. Huehuehue! Jadik hasil saki baki rempah tu, jadiklah udang aku ni ala rendang udang berempah. Hehe... Sedap jugak!



Tadaaa!! Mengancam tak?? Akekeke! Mangkuk tajaan sabun basuh kain DAIA. Hehe! Tu mangkuk Free beli sabun basuh kain DAIA. Banyak sangat umah ni dengan mangkuk² free. Produk yang paling banyak bagik mangkuk produk ubat gigi la. Cuba² ler produk ubat gigi tu bagik free henset ka laptop ka... keh keh keh! Demand!

Sebelum aku nak NGROKK... Aku nak bagiktau pemenang teka teki pokok tu. Pemenangnya adalah... jeng... jeng... jeng... kak HUNNY (sambil shackhand kak HUNNY). Tahniah! Tahniah! "Yeyyyyyyyyyy!!! Saya menang ikan terubuk masin Sabah!!" Kahkahkah! Kak Aymy lamat beberapa jam ajer, kalo idak sure dapat ikan terubuk masin. Kihkihkih! Gigihh nko kak Yatt menjawab. Hehehe! Nasib tak menyebelahi la kak Yatt! Nanti Ada rezeki lebeh wat teka teki lagik, kak Yatt mesti menang! Doa tuuu!! Aminnn... Hehehe... Kepada kak Hunny, nanti jangan lupa emailkan alamat umah yerrr. Insya Allah akan dipost secepat mungkin.

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 10:54 PM
5 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter