ღ Memories to Remember ღ: Kuih Talam Tokyo

Tuesday, January 20, 2009

Kuih Talam Tokyo

Hahaha... gelak dulu. Ni 1st time aku wat kuih talam tau. Kuih talam biasa pon aku tak penah wat, dah skip wat Kuih Talam Tokyo ni. Hehehehe! Masa aku ngah masak lauk tengah hari tadik sesambil buat kuih talam ni skalik. Atok perempuan belah ayah aku ni plak duk tengok ler apa yang aku wat...

"Nak wat apa ni?

"Nak wat kuih talam tokyo."

"Talam tokyo?? Tokyo tu apa?"

"Tokyo tu nama tempat kat Jepun"

"Kenapa kuih talam tokyo?"

"Mungkin orang jepun yang wat kuih talam tokyo ni kot... hahahaha"

Aku ni pon yakin tak yakin jek wat kuih ni... Yela, ni 1st time wat kuih talam menalam ni... Masa ngah mengukus kuih ni, atok aku siap mintak resipi kuih talam tokyo ni plak! Aku gelak... Entah jadik entah idak kuih talam tokyo ni dah mintak resipi. Kalo tak jadik, aku ler yang malu sebab tak reti wat kuih tradisi. Kuikuikui... Tapi alhamdulillah lah menjadik jugak lah kuih talam tokyo aku ni cuma lapisan bawah agak lembik skit sebab terlebih letak santan. He.. He.. Tu tu ada niat nak menderhaka resipi tuan empunya la tu.. Kihkihkih!

Aku wat kuih ni pon untuk orang² tua kat umah aku ni. Taste orang² tua ni manala sama ngan taste orang memuda cam aku ni kan. He.. He.. Dorang ni makan kek sedap mana pon tetap nak carik kuih tradisi. Cam ayah aku ler tuu tuu... Hikhikhik!



Bahan-bahan:

Lapisan bawah:
  • 1 cawan sagu biji
  • 1 peket kecil suhun (rendam hingga lembut)
  • 1/2 cawan kelapa parut (ambil putih sahaja)
  • 1/2 cawan santan cair
  • Secubit garam
Lapisan atas:
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 1/4 cawan santan
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • Sedikit pewarna hijau dan kuning

Cara membuat:
  1. Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.
  2. Untuk membuat lapisan bawah, rendam sagu biji dan tus kan. Campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit.
  3. Apabila lapisan bawah sudah masak, tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat. Sama kaedahnya dengan kuih serimuka.
  4. Untuk lapisan atas pula, Campurkan kesemua bahan dan blender.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di warnakan kuning dan satu lagi di warnakan hijau. Kalau nak bagi warna hijau tu cantik campurkan sedikit warna kuning.
  6. Kukus lapisan yang bewarna kuning dahulu selama 10 minit. Kukus dengan api sederhana.
  7. Bila lapisan kedua sudah masak masukkan lapisan yang bewarna hijau. Sebelum tu lorekkan sikit dengan garfu supaya lapisan yang hijau tu melekat kat lapisan yang kuning
  8. Kukus hingga masak. Selalunya setiap lapisan ambil masa lebih kurang 10 minit jer. Jangan lupa alas penutup kukus dengan kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh kat kuih.

Labels:

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 3:26 PM
3 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter