ღ Memories to Remember ღ: Ikan

Sunday, January 25, 2009

Ikan

Hari tu king aku beli ikan cermin. Aku kalo ikan tu aku tak pernah masak, aku tanya king aku ikan tu sedap masak apa... ikan ni sedap masak apa. Kekadang sampai taukey jual ikan tu pon aku tanya. Hehe! Aku ni jarang makan ikan dan satu jek menu aku tak brapa nak makan sangat, kari ikan. Ntah napa aku tak leh lalu makan kari ikan. Sesapa masak kari ikan memang aku tak sentuh ler, kecuali tu jek lauk. Tu pon makan skit jek. Jadik hari ni menu ikan jek... Ikan cermin sweet and sour dan ikan selar masak singgang. Ikan masak sweet and sour ni aku main campak² jek dan mak aku ler tukang rasa samada cukup rasa atau idak.


Tadaaaaaaa.. Ni la dia Ikan Cerminku masak sweet and sour. Teka.. brapa ekor ikan cermin aku masak hari ni?? Sapa jawab betut aku bagik hadiah... kakakakakaka! Yo yo ooo jek soklan... hehehe!

Bahan-bahan:
  • Ikan Cermin (dilumur garam dan tepung. Goreng dan ketepikan)
  • 2 biji bawang kecil (ditumbuk)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit halia (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 batang cili merah (dihiris)
  • Sebiji totamo (dipotong dadu)
  • Separuh batang timun (dipotong dadu)
  • Separuh tin kacang panggang
  • 2 sudu makan taucu masin (dibersihkan dan tos)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sedikit kicap cair maggie
  • Sedikit pati ayam maggie
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit air
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak. Biar minyak bebetul panas dan masukkan cili kisar. Goreng sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan bawang yang ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap cair, pati ayam, sos ikan, gula, garam, air dan perasa. Kacau sehingga mendidih dan cukup rasa.
  4. Setelah itu masukkan timun, tomato, cili merah dan bawang. Kacau sebati. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan. Dah siap.

Menu ikan kedua aku plak. Ikan Selar masak singgang MALAS. Akekeke! Kosong jek kan... ni masak dah malas² la ni. aku pon kat umah ni masak simple² ajek tapi tadak la masak sembrono. Kalo masak sembrono, aku kang tak makan apatah lagik orang lain kan kan.


Kalo kat Sabah masak singgang takda tumis² camni. Kalo orang Sabah masak singgang ni bahan²nya cuma kunyit, halia, air asam jawa dan cili padi. Suma bahan ditumbuk lumat dan rebus dengan air. Kalo masak cair cam singgang ni dipanggil ikan rebus. Kalo masak pekat dipanggil ikan ampap. Kekadang kalo lebihan ikan rebus ni, kitaorang akan makan dengan ambuyat. Pernah makan ambuyat?? Aku suka woo makan ambuyat. ikan tu dihancur²kan pastu letak belacan bakar skit dan lada. Perah limau kasturi... Celup² ambuyat dengan kuah ikan rebus. woooaahhh!! Makan memang angkat kaki sebelah atas kusi! Ahehehe!

Labels:

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 5:03 PM
12 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter