ღ Memories to Remember ღ: Udang Udang Udang

Sunday, November 23, 2008

Udang Udang Udang

Udang disebalik daun salad. Hek hek hek...

Sejak beberapa hari ni kepala jadik pening sebab banyak perkara yang tak sepatutnya di pikirkan. Jadik aku banyak habiskan masa tengok muvi dan drama bersiri.

Sejak akhir² ni plak aku suka makan udang walaupun aku elegik dengan seafood. Hari ni aku belasah makan udang lagi. Aku memang elegik dengan seafood sejak umo aku 12 tahun. Rugi sungguh kan orang yang elegik seafood ni tapi aku belasah jugak! Dulu setiap kali aku belasah makanan seafood mula la kulit kaki dan tangan jadik gatal dan kulit jadik mengelupas. Setiap kali elegik aku mesti jumpa doktor mintak injek. Aku bukannya tak takut jarum. Takut!! Takut sakit! Huehuehue... Tapi aku jenis tak pantang, ubat mesti ada.

Kalo udang aku suka goreng saja. Tambah lagik kalo goreng tepung, oat atau nestum cecah dengan mayonis! Marbeless!! Kalo goreng nestum lagik sedap dan harum. Disebabkan nestum tarak, aku belasah oat mak aku. Huehuehue!

Udang goreng oat

Bahan-bahan:

  • Udang (dibersihkan dan dibuang kulit)
  • Putih telur
  • Tepung jagung
  • Oat
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Minyak masak

Cara membuat:

  1. Udang diperap sekejab dengan minyak bijan dan garam.
  2. Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung.
  3. kemudian celup semula udang tadi ke dalam putih telur dan golek²kan udang ke atas oat.
  4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan/garing.

Sambal udang


Bahan-bahan:

  • Udang (dibuang kepala dan kulit bahagian tengah dan dibersihkan)
  • Cili kering (dikisar)
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
  • Perasa
  • Minyak masak

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan goreng cili kering yang dikisar sehingga sedikit garing (bukan garing sangat tau.. agak cili tu jadi merah gelap sedikit)
  2. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar dan gaul. Kemudian masukkan udang.
  4. Setelah itu, masukkan air asam jawa, garam, gula dan perasa. Ikut citarasa masing²... nak masam, masin, manis... whatever...
  5. Masak sehingga pecah minyak dan sedikit kering.

Labels:

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 2:25 PM
0 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter