ღ Memories to Remember ღ: Menu Western

Tuesday, November 18, 2008

Menu Western

Menu western untuk makan tengah hari. Wahhh!! Macam duduk kat London plak. Disebabkan makhluk² dalam rumah ni 'kureng' makan ayam. Jadik resipi asal Roasted Chicken ditukar kepada Roasted Beef. Kali ni Roasted Beef aku TERgelap skit, terlupa sapu "sun block". Mana taknya kalo yang tukang masaknya sibuk tengok movie The Pacifier lakonan si Vin Diesel tu. Soranya sungguh mengancam jiwa raga dan membuatkan Roasted Beef aku pon terancam. Hihi...

Roasted Beef

Bahan-bahan:
  • 1 Kilo daging pinang
  • 4 biji kentang
  • 5 biji bawang besar
  • serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • olive oil
  • 1 buku butter (potong kepada kepingan)
  • minyak masak


Cara Membuat:

  1. Daging dibersihkan dan tos. Kemudian sapukan seluruh permukaan daging dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  2. Bawang besar dibelah separuh kepada 4 bahagian (jangan sampai bawang terbelah habis) agar masak nanti berbentuk seperti bunga (seperti dalam gambar). kentang dibuang kulit dan dibelah 4. basuh dan toskan. kemudian gaul bawang besar dan kentang dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  3. Letakkan daging, bawang besar dan kentang kedalam loyang kemudian lumurkan dengan olive oil dan gaul sebati. Tuangkan minyak masak sehingga separuh loyang dan letakkan butter ke atas permukaan.
  4. Letakkan loyang ke dalam oven tray. Masukkan air panas/ suam ke dalam oven tray. Bakar dengan suhu 200 degree selama 2 jam hingga 2 ½ jam atau sehingga masak/empuk bergantung pada oven masing². sentiasa balik balikkan daging setiap 15 -20 minit supaya daging masak rata.
  5. Bila dah masak. Hiris daging kepada kepingan dan masukkan kembali ke dalam loyang tadi dan masak selama 10-15 minit dengan suhu 180 degree. Bila dah siap bolehlah dihidang. Asingkan minyak dengan hampas lada hitam. Siramkan hampas lada hitam ke atas daging. sedap dimakan dengan salad, whipped potato dan sos mint atau sos gravy.

Gambar masa bulan posa


Tak sah kalo makan makanan western tarak spesel minuman... Kang tersedak masa makan kan susah... Sweet Pineapple Cocktail spesel minuman hari ni...

Sweet Pineapple Cocktail

Bahan-bahan:

  • Sebiji nenas
  • 1 liter air
  • 100 gm gula
  • 50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara membuat:
  1. Potong nenas dalam bentuk kiub.
  2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
  3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.

Labels:

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 1:50 PM
2 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

    Gambar-gambar dalam blog ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA tuan rumah bernama JIYA seorang pengembala kambeng. Jika ingin menggunakan gambar-gambar hak milik tuan tanah sila dapat keizinan dahulu yer. Jika TERambil *erkk ada ker istilah TERambil?? Hehe sila KREDIT ke 14sept's Blog. Sebarang komen, pandangan dan pertanyaan sila email callmejiya[at]gmail[dot]com

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


E.zi Photography


Bla Bla Bla Blacan

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter