Sunday, February 28, 2010

Ambik Perhatian Murid²

STICKY ENTRY SEHINGGA 28 FEB, 2010 UNTUK SAPA YANG ADA MASALAH NAK DAPATKAN UPDATE BLOG 14SEPT. HARAP MEMBANTU YA...


Ehemm!! Hari ni cikgu nak ngajo. Hehe! Hari tu sapa yang tak dapat wat cara dapatkan update blog aku, cuba cara ni plak. Paling senang! Cara ni aku baru jek blajo. Jadik yang dapat wat sebelum ni jangan marah hah! Nanti aku kasik duit raya. Kihkihkih! Mintak maaf kepada yang lama menunggu cara kedua ni. Ampon maaf zahir batin... Slamat hari rayaaaa!! Hihihi!

Cara kedua ni senang saja yerk. Masih sama yang lepas cuma takyah jadik follower pon boleh. Nak jadik follower pon boleyyy. Mekaseh yang sudah menjadik follower tu. I will follow uuuuu... Follow u whereever u may go... lalalalala~ layan lagu iklan DiGi jap. Hiks!


Terus gi kat LAYOUT >> ADD A GADGET dan klik BLOG LIST.



Pastu klik ADD A BLOG TO YOUR LIST atau ADD TO LIST.


Taip terus kat ADD BY URL atau kopipes jek link ni: http://14sept.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss

Harap cara kedua ni menjadik yerk!


Labels:

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 7:17 PM
10 people in the crowd heard my words

Tuesday, February 9, 2010

Wat Projek Di Tengah Awam????

What the *toot* $^#^@#%^@%# (di'censored'kan Hehehehe)


Ada ker patut dorang wat projek atas ikan masin???? Patut ka???


Aihhh!! Mana JAIS ni...

Terus tak jadik beli ikan masin....

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 11:47 AM
7 people in the crowd heard my words

Monday, February 8, 2010

Soping Soping Makan Makan

Hari sabtu lepas gi Jusco... kan aku kecoh ari tu sal Jcard day kat Jusco Bukit Indah. Masa sampai kat Jusco kitaorang ingat dah tadak parking. Bila sampai... terkejut jap. Apsal lenggang semacam jek ni. Pelik ni... Nak sepolo kali cek sms dari JUSCO. Memang sah Jcard day...

Masa sampai kat market Jusco tengok ada gak beberapa orang borong sakan. Bila dengar announcement rupanya Jcard Fiesta sajork. Jcard Fiesta ni cam Jcard day gak cuma hanya diskaun pat barang² makanan ajek dan dibuat setiap sabtu minggu pertama awal bulan. Wahhh! Kalo gini leh kopak poket king aku. Kihkihkih! Jadik hari tu kitaorang memang borong sakan barang dapo. Cukup tuk 3 bulan!! Ngeh ngeh ngeh!



Lepas soping moping... melantak jap kat Arena Jusco. Order Mee sizzling. King aku jek suka makan mee sizzling ni. Aku so-so jek... sebab bila aku makan mee sizzling ni, paler aku jadik cinoneng. Ntah apa yang dorang letak tatau la...


Sambil tunggu king aku soping barang skit kat area atas.. Aku tengok bebudak main, bingit giler telinga aku dengar dorang main sambil jerit² ni. Adoii... anak sapo la tu...


Stok dapo tuk 3 bulan!! Erkk! Cukup ker 3 bulan camni??? Lepas soping, balik umah anta barang jap, susun² barang dapo, lepak² jap... pastu kuar balik gi ambik sepupu king aku lak pastu singgah City Square carik barang...


Kalo dah kuar memang tak sah kalo tak gi makan. Hehehe! Tempat pilihan Laksa Shack... Aku ngan king order Nasik Beriyani yang satu set ngan lauk skali. Ni makan kongsi² pon aku dah kenyang terbongkang. Nak tau brapa reganya ni??? RM29... King aku kata apa tau "salam kaut kat kenduri kampung baru sepolo ringgit." Kahkahkah! Siut jek!


Sepupu king aku lak order Laksa Lemak Singapore. Laksa Lemak Singapore ni sedappp! Aku suka...


ABC ni aku punyaaaa tapi rasa ok² jek. Aku masih lom jumpa ABC sedap kat JOHOR ni. Napa aku cakap camtu?? Sebab aku dulu taukey ABC maaaa... Hehehehe! Meh² layan ABC sambil cuci mata tengok montot kamben. Kahkahkah!

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 2:33 PM
6 people in the crowd heard my words

Sunday, February 7, 2010

Bun Pandan Berkaya Raya... Hehehehe!


Hari ni aku wat Bun Pandan Berkaya. Unbelipbebel!! Bun aku kali ni menjadik!! Yahoooo!! Sila ucapkan tahniah kepadaku. Ekekekekeke! Sian kan... Orang dah ke bintang, aku baru jejak ke bulan. Ni pon atas suggestion si Hasue suh aku terai Bun Pandan Berkaya ni. Hari ni baru sampai seru nak wat roti meroti ni. Almaklumlah... Aku serik nak meroti yang baling orang leh benjol. Kakakakakakkaa! Jan gelak wehhh!! Tak baekkk tauuu! Terima kasih tuan empunya resipi Kak Rinchan dan jugak Mat Gebu yang rekomen bun ni sedap!

Bahan-bahan:

  • 350 g tepung roti (high protein flour)
  • 200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 50 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 3 camca teh instant yeast
  • 1 camca teh bread improver
  • 20 g serbuk santan
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1 biji telur kecil (guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
  • 30 g mentega
  • 1 camca teh pandan paste


Bahan hias:
  • Kelapa kering secukupnya
  • Seri kaya secukupnya

Cara membuat:
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit . Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 9:46 PM
9 people in the crowd heard my words

Friday, February 5, 2010

Karipap Kobis


Suspen jek tengok gambar Karipap Kobis ni macam aku jer buat kan kan... Hehe! Sebenonya ni bukan aku yang wat tapi jiran aku kasik. Jiran mana?? Haiii... Takkan tak kenaiiii. Jiran 2 pintul ler... Hihi! Memang rezki betul la pepetang hujan ni. Tau² jek Mak Wan aku ngah lapo... Hihi! *gambar siap ngan bekas² skali tuh... muehehe!


Memula aku ingatkan karipap kobis tu isi dalam dia sayur kobis seketul tu. Kikiki! Nampak sangat ler kejakunan aku ni. Memang 1st time makan. Sedapppp wehh! MIL & King aku pon cakap sedap. Ni yang aku nak ketuk umah jiran nak blaja masak. Ngee! Terima kasih yer Mak Wan & Ain. Sedap sangat! Nad... Nko jan megences plak erkk! Nanti nko balik sini, mintak Mak Wan wat lagik. Hihihi!

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 8:56 PM
9 people in the crowd heard my words

Mango Lassi


Arghhhh!! Sedap giler layan Mango Lassi tetengah musim panas ni. Semalam sesambil memancing ikan kat pasar KIP MART sempat beli mangga. Nasib baik mangga tu manis. Kalo idak, dah ku lepuk paler tukang jual tu. Kekadang aku siap cakap lagik "Kalo tak manis siap nko!!" akekekekeke! Hari ni tetiba tekak nak minum Mango Lassi, aku buat kaw² nyer pekat. Tengok tu siap buih² lagik. Meh² bawak sudu makan memasing. Kita hirup sesama. Akekekekekeke!


Nota: Sok JCARD DAY @ JUSCO BUKIT INDAH!! Jom kita menyoppingggggg!! Yehhhaaa!

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 12:10 PM
6 people in the crowd heard my words

Wednesday, February 3, 2010

Meraban Ke Ayer Hitam

Hari ahad lepas, kebetulan anta sepupu king gi Pontian pastu meraban gi Ayer Hitam. Saja jer king bawak jenjalan. Asalnya nak gi BP, kot² leh terjah umah Kak Anawahid tapi terpaksa ubah plan sebab tetiba jek MIL nak ikot la pulok! Bukan aku tak sudi bawak MIL gi terjah umah Kak Ana yer... Takot MIL over melayan dari Tuan Umah. Kang Tuan umah lak penin. Wakakakaka! Almaklumlah, MIL aku ni terlebeh peramah orangnya sampai aku pon tak sempat nak borak ngan member aku sendirik. Hehe! Jadik len kali la yer Kak Ana.

Kitaorang tak lama pon kat Air Hitam ni. Adalah sejam lebeh gitu sebab king plak ada appointment belah malamnya plak. Jadik korank layan gambar jer la yerr...


Lelong! Lelong! Lelong! Ada yang berminat nak beli spiderman?? Nyaris bukan otomen... Hehehe!


Kalo lapo, Mawi ada kat sebelah... Hehehe! Bagik aku Marrybrown tak brapa sedap sangat pon... Sapa rasa marrybrown tu sedap?? Meh sini aku nak lepuk paler Mawi.


Cuci mata tengok barang hiasan...


Kedai ni banyak barang hiasan lelawa... Nasib baik tak bawak duit banyak. Ngee!


Singgah beli kerepek sebelom balik... Ada sesapa nak kim?? Kimmm salammmm laaaaaaaa. Akekeke!


Ni jer yang kitaorang beli. MIL aku sempat beli pasu hiasan untuk skola...


Kitaorang cuma rembat tudung saji ala citer P.Ramlee... Klasik tuuhh!


Tempat duduk 2 dalam 1.. Omputih kata 2 in 1!


Senang aku nak sumbat barang king dalam ni. Nyemak mata aku jek. Hehehe!


Dannn kipasss satayyyy!! Model kipas malu nak tunjuk muka.... Kihkihkih!

what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 5:54 PM
8 people in the crowd heard my words

Tuesday, February 2, 2010

Dari Jiran 2 Pintu


Nampak sedap kan?? Memang sedap ponnn!! Jiran 2 pintu kasik. Susah² jek anto kuih. Malu aii... Hikhikhik! Korank kalo nak, ambik la sebijik sorang. Ehh! Cukup ker?? Jangan gado² hah! Nanti aku lepuk sorang satu. Hee!


Makan punya makan... nasib baik ingat kat king. Tinggaikan 2-3 ketul jek. Tamak gilerrrr!! Hikhikhik! Terima kasih yer Ain. Susah² jek beli... Oppsss! Ngeee! Ain ni pandai wat kek, saja jek dia merendah diri ngan aku yang tak pandai ni. Bab² hias kek pon tere dari aku yang bertangan keras batu ni. Kan Ain kannn!!


what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 6:42 PM
6 people in the crowd heard my words

Dah Selamat Bersalin


Gemuk selamat 'bersalin'... Hehehehe!
Bulu cam kontot jek anak nko ni gemuk.

Gambar si Gemuk masa kecit. *gambar dari entry lama
Napa aku panggey dia GEMUK??
Sebab masa kecit dia gemuk... hihihi!


Jangan pandang depan...


Raww!! Rawww!! Anak beruang....

Sekarang si Gemuk dah jadik mak orang.

Ada yang geli ngan anak kucin ker kat sini?? Hehehe!



what did i do so wrong that you had to leave me alone ... at 11:08 AM
7 people in the crowd heard my words

The Lover

  • ♥Jiya
  • ♥Queen
  • ♥Virgo
  • ♥Malaysia
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • as i walk alone in the cold rain,
  • my mind drifted away to the past.
  • to what we used to be
  • to the secrets we used to share.
  • how i wish you were here with me,
  • sharing the umbrella
  • in this lonely yet cold night.
  • whispering sweet nothings in my ear
  • i miss you so much.
  • ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wishes

  • ♥Barbie Doll kembar..
  • ♥Kamera DSLR
  • ♥Kontrol Amarah
  • ♥Mo jadik tokey...
  • ♥Berat badan 47-50kg

Loves

  • ♥Kamben
  • ♥Belacan
  • ♥Kek
  • ♥Hadiah
  • ♥Tido
  • ♥Komputer
  • ♥Kamera
  • ♥Jalan² cari pasat

Hates

  • ♥Lipas
  • ♥Kumbang
  • ♥kurus
  • ♥Anjen

Notes

  • ♥Nak makan makan makan

Audience

    Klik Me!!!






Once Upon A Time


Gotcha!

My Baby

    ♥ 1st baby boy (15 April 09 - 29 Julai 09)

Little Colour Shop


Bla Bla Bla Blacan

    NUFFNANGERS!! Sila shout klik² korank kat CBOX BIRU di bawah. Skali lagik aku ulang, CBOX BIRU! CBOX HITAM hanya untuk KOMEN/SEMBANG. LAST WARNING! Sebarang shout klik² kat CBOX HITAM tidak akan dilayan/tidak akan klik² balik NUFF korank. Harap Maklum... Kalo tak suka amaran ini. Jangan KLIK NUFF aku! Bolehhhh blahhhh wehhhh!!!

NUFFNANGERS only

    Nuffnangers
    shout your clicks here! (ewahhh speaking) Terima Kasih Peng'klik' setia & jujur... Jasamu dikenang...

I will follow you~ Follow you wherever you may go~

Hit Counter

  • free hit counter